Perak Hari Ini

Perlaksanaan Perak Amanjaya

Taiping 13 Disember 2010 : Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) bagi Perlaksanaan LAB Perak Amanjaya telah diadakan di Taiping Golf Resort pada hari ini bagi menerangkan dengan lebih lanjut tentang fungsi serta peranan Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) dalam pelaksanaan Lab Perak Amanjaya dan juga untuk membentangkan  laporan dan hasil initiatif  yang diperolehi melalui pelaksanaan keseluruhan LAB Perak Amanjaya secara terperinci.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang ini, dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan dan telah di pengerusikan oleh  Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir. Pelaksanaan Lab Perak Amanjaya dan hasil yang telah diperolehi melalui pelaksanaan siri-siri LAB ini,  dibentangkan secara terperinci dan menyeluruh pada mesyuarat tersebut.

Diantara tujuan-tujuan lain yang diperolehi dari mesyuarat tersebut adalah untuk memberikan perkembangan serta status terkini berkenaan pelaksaan Lab Perak Amanjaya secara menyeluruh, membincangkan cadangan dan mendapatkan kelulusan pelaksanaan dan budget untuk program dan inisiatif yang telah diperolehi melalui pelaksanaan Lab – Lab dan membincangkan serta mencari penyelesaian kepada konflik atau cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program yang telah dicadangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");