Perak Hari Ini

Pesawat Tentera Thai Bawa Pulang Mayat Nahas Bas

TENTERA Thailand mengangkat satu daripada 25 keranda mayat mangsa nahas bas pelancong di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland ke pesawat C-130 milik tentera negara itu untuk dibawa pulang ke Bangkok, di lapangan terbang Subang, Selangor, 22 Dis. - Utusan

Mayat 25 pelancong Thai yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa pulang dengan dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand pada Rabu.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini pada 5 petang Rabu.

Seorang daripada 10 pelancong Thai yang cedera dalam kejadian itu juga dibawa pulang ke Bangkok menerusi penerbangan itu.

Kesemua mayat itu dibawa dengan sebuah treler dan sebuah van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan tiba di Subang pada 3.30 petang.

Tiga mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Bukit Kayu Hitam pada Rabu untuk dihantar ke Haadyai manakala enam lagi masih menerima rawatan di Ipoh.

Kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-dua warga Malaysia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");