Perak Hari Ini

PM lancar Klinik Bergerak 1Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini merasmikan Klinik Bergerak 1Malaysia di Padang Sekolah Kebangsaan Pos Raya, dekat Simpang Pulai jam 11 pagi.

Klinik ini diperkenalkan untuk penduduk di kawasan-kawasan terpencil khususnya yang tidak mempunyai akses terhadap perkhidmatan kesihatan.

Melalui perkhidmatan itu, ia akan membolehkan penduduk di kawasan berkenaan mendapat rawatan kesihatan terbaik daripada kerajaan.

Selain menyediakan rawatan pesakit luar, kakitangan klinik itu juga mampu melakukan pembedahan kecil ke atas pesakit yang memerlukan.

Langkah pengenalan klinik ini sejajar dengan pendirian kerajaan bahawa rakyat perlu didahulukan dalam semua perkara termasuk perkhidmatan kesihatan.

Sebagai permulaan, 72 lokasi yang merangkumi 182 kampung di empat buah negeri Perak, Selangor, Johor dan Pahang dipilih iaitu di kawasan-kawasan terpencil yang tiada kemudahan kesihatan asas serta tidak pernah dilawati oleh perkhidmatan klinik bergerak Kementerian Kesihatan sedia ada.

Bagaimanapun, Johor dan Pahang akan bermula 1 April ini.

Sebanyak lima buah bas yang dibekalkan oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad ditransformasikan sebagai sebuah klinik berhawa dingin, dilengkapi bilik konsultasi rawatan, bilik pemeriksaan serta kelengkapan peralatan perubatan lain.

Oleh itu, pasukan perubatan yang bertugas tidak perlu lagi membawa peralatan perubatan dan memberikan rawatan di balai raya atau dewan orang ramai yang mana cara sebegitu tidak memberi ruang privasi kepada pesakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");