Perak Hari Ini

PR akan ghaib bila-bila masa-Pak Ngah Hamdi

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor akan tumbang pada bila-bila masa disebabkan kegagalan tiga parti yang bergabung mencapai kata sepakat, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata, dakwaan Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang kerajaan Selangor akan menghadapi masalah yang sama ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak adalah tidak benar dan tidak berasas.

”Nizar masih belum menerima hakikat kerajaan pimpinannya tumbang selepas tiga wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaaan Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih pemerintahan.

”Mereka kehilangan majoriti…bukan disebabkan BN, bukan disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…sehingga kini mereka masih belum dapat menerima hakikat dan sikap inilah yang menyebabkan mereka semakin kehilangan sokongan rakyat yang semakin meluat,”katanya kepada Bernama hari ini.

Muhammad Nizar semalam mengeluarkan kenyataan perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru akan menggoyangkan kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau mendakwa apa yang berlaku ini adalah mirip kepada apa yang terjadi di negeri Perak sebelum ini dimana ianya dirancang Perdana Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim.

Hamdi berkata, daripada khabar angin yang bertiup sejak akhir-akhir ini sememangnya ada diantara wakil rakyat yang akan meninggalkan PR disebabkan kegagalan menangangi pelbagai isu di negeri itu serta masalah dalaman parti.

Jelasnya, masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sibuk diperkatakan di sana sini serta masalah Pas yang masih tidak dapat bekerjasama dengan DAP bakal menjadi punca tumbangnya kerajaan PR di Selangor.

”Kenyataan yang dilemparkan Nizar selalunya akan menimbulkan kesan buruk terhadap dirinya sendiri….apa yang diperkatakan ini adalah menunjukkan kelemahannya…Nizar sepatutnya belajar menerima hakikat,”katanya.-Dollah

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");