Perak Hari Ini

PR hilang punca: Vickneswaren

Pakatan Rakyat (PR) semakin hilang punca akibat kepincangan yang berlaku dalam parti mereka sehingga memperkenalkan pula program 100 hari jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri, P Vickneswaren berkata, program yang digembar-gemburkan ini adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap krisis berlaku dalam PR khususnya PKR.

Menurutnya, setelah misi tarikh 16 September ditetapkan untuk memerintah negara gagal, maka misi baru pula digagaskan yang kononnya impian mereka akan tercapai satu hari nanti.

“Ini semua angan-angan dan mimpi yang tidak berkesudahan, sehinggakan kita boleh ibaratkan mereka sudah gila meroyan kerana terlalu taasub untuk menerajui kepimpinan negara.

“Terlalu mudah mereka melontarkan kata-kata untuk berjanji dengan rakyat bagi memberi pelbagai kemudahan serta keistimewaan berbanding Barisan Nasional (BN) tawarkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Vickneswaran berkata, mereka tidak sedar pembangunan serta segala kemudahan yang dikecap selama ini adalah hasil kecekapan para pemimpin BN mengurus negara.

Katanya, apa lagi yang mereka mahukan dan apa lagi yang mereka tidak puas hati kerana semuanya sudah ada di depan mata.

“Cuma apa yang saya nampak, hanya kuasa, jawatan dan wang ringgit diimpikan mereka, sebab itulah macam-macam misi dilancarkan.

“Secara zahirnya, mereka hanya bermimpi dan mimpi itu tidak akan jadi kenyataan, tambahan dengan masalah dalam PR semakin meruncing,” katanya.

Beliau berkata, walaupun nama saja pakatan tetapi sebenarnya ketiga-tiga parti mempunyai jalan sendiri.

“Mereka berbeza fahaman dan ideologi politik, manakan mungkin dapat bersatu atau sebumbung jika ditakdirkan menang. Pakatan dinasihatkan supaya bermuhasabah diri serta sudah cukup daripada menipu rakyat dengan pelbagai janji kosong,” katanya.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");