Perak Hari Ini

Pusat Khidmat & Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri berjaya menyelesaikan 415 aduan tahun ini

Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri berjaya menyelesaikan 415 aduan yang diterima sepanjang tahun ini, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata, secara keseluruhan pusat ini menerima sebanyak 461 aduan dan baki yang masih belum diselesaikan adalah kes terpencil berkaitan permohonan tanah yang kini dalam proses akhir.

”Saya amat berpuashati dengan peranan yang dimainkan pusat ini yang berjaya menangani pelbagai isu yang diadu oleh penduduk yang menghadapi pelbagai masalah…selain itu aduan turut diterima semasa program turun padang.

”Penduduk yang menghadapi masalah diminta terus mengunjungi pusat aduan ini ataupun pergi ke Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen secepat mungkin bagi memastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar hari ini.

Hamdi berkata, saya akui terdapat masalah ‘terlepas pandang’ yang berlaku di beberapa tempat dan penduduk terbabit hendaklah segera membuat aduan bagi memastikan tidak terpinggir dan wujudnya rasa tidak puas hari kepada kerajaan.

Katanya, kebanyakan laporan yang diterima pusat aduan itu adalah yang melibatkan bantuan am, hal berkaitan imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran.

Sementara itu, Hamdi meminta bahagian penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memantau kaunter penjualan tiket bas ekspres yang bertindak menjual dengan harga yang tinggi.

”Kami menerima aduan dari pengguna yang mendakwa tiket bas bagi perjalanan dari Bukit Jalil ke Ipoh dijual pada harga RM22…tiket tersebut sepatutnya dijual pada kadar RM17.40.

”Pusat Khidmat telah menghantar surat kepada LPKP untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini dan meminta orang ramai yang mengalami kes sedemikian untuk menghubungi kami di talian 05-2554916 untuk membuat aduanm,”katanya.

Jelasnya, pengadu telah membuat aduan beserta bukti beberapa keratan tiket penumpang bas berkenaan yang menunjukkan berlakunya penipuan di dalam penjualan tiket ini.

–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");