Perak Hari Ini

Rafidah lancar Sahabat KSKK

Bagi memupuk budaya sihat dan menggalakkan aktiviti bersukan, pelancaran Sahabat kelab Sukan Kuala Kangsar, diadakan bertempat di Dewan Tsung Wah di sini.

Penubuhan Kelab berkenaan sebagai usaha mengajak masyarakat terutamanya golongan belia bergiat dalam aktiviti kesukanan, sekali gus mengelak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, dengan adanya kelab berkenaan diharapkan remaja lebih hampir dengan masyarakat.

Menurutnya, jika golongan muda melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, mereka akan didedahkan dengan pelbagai perkara bermanfaat.

“Apa yang kita usahakan sebenarnya kebanyakan adalah untuk anak-anak muda supaya mereka tidak mengasingkan diri dengan masyarakat.

“Melalui kelab dan aktiviti sukan, golongan ini akan lebih terjamin dan bergiat dengan program berfaedah,” katanya sempena majlis pelancaran berkenaan.

Hadir Sama, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Datuk Mohamad Ghazali Jalal.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad turut menyokong usaha penubuhan kelab berkenaan kerana ia menjadi satu laluan berguna ke arah budaya hidup sihat.

“Kita harap golongan muda dapat manfaatkan peluang ini dan mengambil peluang untuk bersukan demi kesihatan diri serta masyarakat,” katanya.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");