Perak Hari Ini

Samy Vellu buat penafian

Presiden MIC Datuk Seri Dr. S Samy Vellu, hari ini menyangkal dakwaan yang beliau akan dilantik menjadi duta Malaysia ke India selepas meninggalkan jawatan di dalam parti itu tahun hadapan.

Penafian itu dibuat selepas Samy Vellu merasmikan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, di Ipoh, hari ini.

“Apa pun jawatan adalah terpulang kepada PM, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tentukan. Bukan hak saya untuk meminta jawatan,” kata Samy Vellu.

Beliau juga memberi komen yang sama apabila ditanya tentang hak presiden MIC baru memegang jawatan menteri penuh di dalam kabinet.

“Saya tak boleh komen tentang jawatan menteri penuh untuk presiden MIC yang baru kerana ia adalah tanggung jawab dan hak PM untuk tentukan. Ingin saya tekankan di sini itu bukan hak saya untuk berikan komen,” kata Samy Vellu.

Apabila ditanya wartawan tentang pemilihan anaknya Vell Paari ke jawatan Ketua Perhubungan MIC, bekas menteri Kerja Raya itu berkata beliau tidak tahu menahu mengenai hal itu.

“Hal itu antara dia (Vell Paari) dan MIC, saya tak tahu apa-apa tentang itu,” Samy Vellu menjelaskan.

Tambah Samy Vellu, tanpa jawatan rasmi pun beliau agak sibuk dengan tugasannya sebagai pengerusi Maju Institute for Education Development (MIED). Institiut itu bertanggung jawab menubuhkan kolej AIMST dan TAFE yang telah banyak membantu anak-anak masyarakat kaum India menlanjutkan pelajaran peringkat tertinggi.

MIED juga bertanggung jawab menyalurkan bantuan kewangan kepada penuntut institiut pengajian tinggi berbangsa India.

“Banyak yang perlu saya buat di MIED, begitu juga di kolej AIMST kerana sekarang ia di dalam proses untuk menambah kursus yang ditawarkan, itu memerlukan usaha yang tak berbelah bagi,” kata Samy
Vellu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");