Perak Hari Ini

Seladang perlu mantap elemen berpasukan

Perak masih perlu memantapkan beberapa elemen khususnya melibatkan semangat berpasukan menjelang saingan Liga Malaysia ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, biarpun saingan sebenar Liga Malaysia dijadualkan bermula lebih sebulan dari sekarang, elemen berkenaan perlu diberikan perhatian.

Selain elemen itu, katanya, pengukuhan fizikal dan mental pemain juga penting bagi membantu menyediakan skuad yang lebih kuat dan mantap.

“Kehadiran kita di sini (Bangkok) bukan untuk makan angin, tetapi sebagai pendedahan mental dan fizikal kepada pemain. Musim liga masih jauh, ada sebulan lebih lagi dan sebelum ia bermula pasukan ini masih perlu dimantapkan.

“Bagaimanapun, semua posisi memiliki kekuatan yang seimbang. Paling penting, kita mempunyai pemain simpanan yang sama tarafnya dengan pemain utama. Mereka ini adalah pemain yang sentiasa bersedia,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainol Fadzi berkata demikian setelah menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Liga Super Perak dengan Kelab Air Force United FC di Stadium Tupatamee di sini.

Pada perlawanan itu, Perak menewaskan Air Force United FC dengan jaringan 4-1, hasil tendangan Akmal Rizal Rakhli, Shahrul Nizam Mustapha dan Isma Aliff Salim.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, pemain Perak menunjukkan peningkatan dari segi persefahaman setelah mengharungi dua perlawanan persahabatan di Thailand.

Katanya, perlawanan itu turut melibatkan pasukan yang memiliki pemain dari luar Thailand iaitu import diharap dapat mengubah sedikit persepsi serta mentaliti pemain agar sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana pasukan sekalipun.

“Inilah kali pertama kita mengadakan perlawanan di luar Perak dan diharap memberi impak tersendiri kepada pemain menjelang saingan sebenar Liga Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");