Isu Panas

Sepanjang 20 tahun apa jasa TGNA sebagai MB Kelantan

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, Nik Aziz pun kuat tidur dalam majlis sebenarnya

WALAUPUN saya bukan ahli Pas (kalau pun keahlian saya ada dalam Pas, bukan saya yang pohon jadi ahli sebagaimana keahlian saya ada dalam Umno, saya tidak pernah pohon jadi ahli kerana saya tidak minat berparti politik), namun saya bukan baru dengan Pas.

Guru politik pertama saya yang juga guru terawal saya dalam bidang kepengarangan adalah Allahyarham Dato’ Haji Muhammad bin Nasir (Dato’ Biji Sura) yang walaupun antara tokoh berjasa kepada negara, khususnya kepada negeri Kelantan, namun jasadnya di semadikan di Malbourn, Australia apabila Allahyarham habis nafas di sana.

Antara jasa besar Allahyarham adalah penubuhan selolah-sekolah agama rakyat dengan memberi tumpuan ke kawasan-kawasan pedalaman. Rong Chenak kampung kelahiran saya adalah antara yang menempa ketamadunan kerana jasanya.

Hanya 6 orang yang seusia dengan saya anak Kampung Rong Chenak yang bersekolah manakala yang lain tidak bersekolah kerana jarak untuk ke sekolah agak jauh yakni di sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi.

Turun rumah pukul 6.00 pagi, pukul 6.00 petang baru boleh sampai semula ke rumah. Ibubapa yang sayangkan anak memilih untuk tidak mengambil risiko mungkin dibaham harimau atau lemas sungai dalam perjalanan pergi ke sekolah dan dalam perjalanan balik. Kami diberi bekal nasi yang dibalut dengan upih pinang.

Selain dari terpaksa melalui lorong sempit di celah-celah semak samun yang di dalam semak ada pak belang, kami teraksa berperahu menyeberang sungai (yang di dalamnya ada buaya) untuk ke sekolah. Acapkali berlaku kes terbalik perahu kerana terlanggar tunggul,

Dua daripada yang bersekolah itu makan gaji kerajaan, seorang bertugas dengan Jabatan Pelajaran manakala seorang lagi menjadi kastam. Seorang menyambung pengajian di pusat pengajian pondok dan kini seorang hafiz dan membuka sekolah tahfiz, seorang jadi taukeh beli pok-getah dan seorang lagi jadi nelayan sungai manakala saya menceburi bidang kemediaan.

Mujurlah apabila Dato’ Haji Muhammad Nasir membeli tanah kontang seluas 30 ekar, di kampung saya, Allahyarham telah mengusahakan pembukaan sekolah agama rakyat di tanah miliknya yang dikenali dengan Madrasah Al-Balaghulmubin, kini menjadi antara sekolah yang banyak jasa dan sudah memiliki bangunan baru. Allahyarham juga membimbing penduduk kampung dengan penanaman padi secara moden.

Ekoran dari itu ada anak kampung Rong Chenak yang kini jadi pensyarah, guru, askar, polis dan bertugas di pelbagai sektor. Ketika saya ke KL, Selangor, Kedah, Pulau Pimang, Perak, Perlis, langkawi, Negeri Sembilan, Johor, Singapura, Sarawak, Sabah, Brunei. Melaka, Pahang, Terengganu, Selatan Thai dan di Kemboja, saya temui anak Rong Chenak, lepasan Al-Balaghulmubin.

Kini dengan bantuan Kerajaan Brunei, Rong Chenak ada sekolah tahfiz dengan kebanyakan pelajarnya datang dari Brunei dan Singapura. Allahyarham Dato’ Muhammad Nasir juga mebuka sekolah agama di kawasan pedalaman seperti di Bukit Jering, Lubok Bongor dan banyak kawasan pedalaman lagi.

Itulah jada Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, membuka sekolah agama rakyat di kawasan pedalaman bagi membasmikan masalah buta huruf. Di Madrasah Al-Balaghulmubin yang mana saya sempat belajar dan di situlah menjadikan saya celik jawi, celik al-Quran, celik tajwid, celik tafsir al-Quran dan celik ilmu hadis ala kadar pada mulanya hanya ada seorang guru dengan gaji dipungut dari ibubapa.

Selain dari itu saya juga dapat belajar kitab bersama mereka yang sudah dewasa kerana pada waktu itu setiap malam ada kuliah agama diadakan di madrasah depan rumah. Itu pun atas inisiatif Allahyarham yang membawa pengkuliah-pengkuliah tersohor memberi kuliah. Allahyarham boleh dianggap sebagai pembasmi buta huruf di Kelantan.

Bagi yang sudah dewasa, atas inisiatif Allahyaram diadakan kelas dewasa ( atau dikenali dengan sekolah buta) di masjid. Ekoran dari itu ramai di kalangan mereka yang sudah dewasa dapat membaca dan menulis. Sekolah buta adalah tajaan kerajaan Perikatan (kini Barisan Nasional).

Ada beberapa orang menteri datang ke Rong Chenak atas inisiatif Allahyarham. Tabung Haji yang diideakan oleh Professor Diraja Engku Aziz diwujudkan semasa Allayaham jadi Menteri Tak Berpotfolio Jabatan Perdana Menteri dan menjaga hal ehlwal agama Islam ketika terbentuk kerajaan campuran.

Namun epanjang kira-kira 20 tahun Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan dan saya sempat berkhidmat kira-kira lapan tahun dengan Kerajaan Pas Kelantan, saya tidak nampak jasa besar yang boleh dikenang oleh rakyat selain dan berslogan dan beretorik.

Kebanyakan projek yang dirancang dan dilaksanakan banyak yang gagal, termasuk projek bekalan air, jihad ternak dan sebagainya. Kalau pun ada projek-projek pembangunan ianya dilaksanakan oleh pihak swsata menyebabkan orang Melayu terhalau, misalnya projek Lembah Sireh.

Jasa besar beliau adalah menimbulkan isu seperti isi Allah pun mencarut, Allah pun samseng, boleh kerjasama dengan syaitan dan faktwa-fatwa yang menyebabkan orang Melayu melihat bangsa sendiri tidak ada nilai serta wujudnya sindrom mencaci cerca orang yang tidak sokong Pas.

Saya masih mencari-cari apa jasa sebenar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz yang berjaya melahirkan pendukung dan penyokong yang taksub dan jumud sebagai menteri besar untuk nanti setelah ketiadaannya akan dikenang sebagai jasa.

Mungkin saya terlepas pandang. Para penjenguk boleh pakat-pakat senaraikan untuk membantu saya mendaparkan maklumat untuk nantinya ditintakan sebagai rujukan jenerasi akan datang.

Oleh: Meli Kapak Jangak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");