Perak Hari Ini

Siapa dibelakang PAS Perak

Sejak kebelakangan ini PAS Perak dilihat seperti cacing kepanasan seolah-olah ada seseorang dibelakang mereka menyuruh membuat sesuatu kepada Barisan Nasional Perak. Mereka juga diibaratkan seperti kereta mainan yang dikawal oleh seseorang supaya menimbulkan huru-hara dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Umpamanya isu ancak, walau pun isu itu telah dijawab oleh mufti Tan Seri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani mengenai perkara itu pada 15 Disember 2010, isu itu juga dijawab oleh YAB Menteri Besar Dato’ Seri Zambry Kadir semasa perbahasan dalam persidangan DUN yang lepas, namun mereka dengan bersungguh-sungguh masih memainkan isu ancak di pelusuk dan ceruk rantau.
Apakah PAS Perak telah dipergunakan oleh DAP Perak?, kemungkinan memang ada kerana sepanjang sidang DUN berjalan arahan untuk perbahasan bagi pihak pembangkang akan dikeluarkan oleh Ngeh Kor Ham yang juga pengerusi DAP Perak. Setiap kali Ngeh bangun mempertikaikankan cadangan dari pihak kerajaan dilihat Nizar dan sekutunya juga akan bangun umpama ‘robot’ yang dikawal. Kalau inilah yang diamalkan oleh PAS Perak , mereka bukan sahaja berdosa kepada diri mereka tetapi mereka telah mempergunakan penyokong PAS yang lain demi kepentingan mereka sendiri.

Isu Hakmilik tanah di Pulau Pangkor.Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah menjelaskan berkaitan pembelian tanah oleh Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan Kampung Masjid, Pulau Pangkor yang dihuni oleh ratusan orang Melayu yang sangat daif. Kerajaan telah membuat keputusan untuk membeli tanah tersebut kemudian akan membangunkan tanah itu untuk perumahaan orang termiskin di Pulau Pangkor dan secara kebetulan Ibunya turut tinggal di situ juga dicaci oleh PAS Perak melalui Nizar yang berceramah diceruk rantau menghasut rakyat supaya membenci kerajaan kerana terlalu membantu orang Melayu dan kaum lain dilupakan

Apalah ada sangat dengan tanah sekangkang kera diberikan kepada orang Mlayu sebagai asas penghidupan mereka. Adakah PAS selama ini telah membela nasib kaum Melayu hingga sanggup mencerca DS Zambry dengan berbagai perkataan kononnya disebabkan Ibunya turut berada di situ, maka Kerajaan Negeri telah membelinya daripada tanah hak milik persendirian dan memberikan hak tanah tersebut kepada semua yang sedia tinggal di situ.

Begitu teruk politik PAS kini, DS Zambry mampu membawa ibunya keluar dari Pulau Panglor dan beli tanah di Ipoh tapi untuk apa. Sejak sekian lama ibunya tinggal disitu dan DS zambry juga dilahirkan di situ tak kan lah nak berbakti di tempat sendiri pun tak boleh.

Hebat sangatkah PAS ini  di mata rakyat Perak yang menyokong pemberian tanah beribu-ribu ekar kepada sekolah Cina persendirian

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat perak dikala DAP memberi  hak milik tanah beribu-ribu ekar kepada penghuni Cina di kampung Baru hingga akhir hayat

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat Perak dikala Nga Kor Meng mempertikaikan perbelanjaan yang tinggi untuk pembangunan masjid dan sekolah agama rakyat

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat Perak ketika DAP berjaya memperkecilkan intitusi raja Perak

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat Perak mempergunakan tempat ibadat Islam seperti masjid dan surau tempat politik DAP

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat Perak membakul sampahkan ketuanan Melayu

Hebat sangatkah PAS di mata rakyat Perak membiarkan Adun mereka berzina

Kini PAS menggunakan segala sumber yang ada menghentam dan mengkeji DS Zambry dan Mufti Perak. Sungai Rapat Online ingin berpesan kepada seluruh rakyat Perak agar berhati-hati menyokong PAS kerana ada seseorang yang ‘control’ dibelakang mereka.-Sungai Rapat Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");