Isu Panas

Tafsir ke terjemah ker.. Dua-dua tak boleh!!!!

Isu anak Hindu bernama K. Subramaniam yang merupakan ahli PKR membaca terjemahan bagi ayat 190 dan 191 Surah Ali Imran dan kemudian meminda serta mengubah isi terjemahannya, mula mendapat tempat untuk ulasan mahupun terbuka untuk dikecam mahupun ada sebilangan kecil yang menyokong.

Sahibus Samaah Tuan Mufti Selangor dan SS Tuan Mufti Kelantan telah pun mengulas yang ternyata tidak begitu berpihak kepada para penyokong anak Hindu tersebut selain Nik Abdul Aziz yang membenarkannya. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang isu ini.

Agak aneh kenapa tiada seorang pun di kalangan ustaz-ustaz PKR yang menegur anak Hindu itu mahupun segera memberi reaksi terhadap kecacatan tersebut. Sedangkan mereka sangat tahu bahawa apa-apa sahaja yang berkaitan dengan al Quran bersifat EKSKLUSIF dan tidak boleh digunakan dalam sebarang ceramah politik secara sembarangan.

Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al Azhari di dalam Bahrul Mazi, Syarh bagi Mukhtasar Sahih At-Tarmizi berkata, ramai orang yang mempermudahkan tentang tafsir al Quran. Bahkan ramai yang mengambil sikap ambil mudah sekalipun bukan ahli ilmu, sehinggakan ada orang yang tidak berguru atau tidak fasih tentang nahwu kecuali hanya tahu sedikit tentang terjemahan dan maknanya, sudah berani mengeluarkan maksud ayat-ayat al Quran sebagaimana yang terlintas dalam hatinya. Bahkan ramai yang mengambil maksud ayat dari mana tempat yang dia boleh nukil tanpa mengetahui kehendak usul asalnya.

Kebelakangan ini, terlalu ramai yang meremehkan tentang ilmu al Quran. Bahkan ramai yang hanya bermodalkan senaskhah Terjemahan Al Quran, sudah mampu berlagak bagaikan guru dan memberikan tafsiran-tafsiran mengikut akal fikiran.

Tafsir al Quran hendaklah dipandang tilik kepada dua wajah iaitu, pada pihak menakwil , ialah satu jumlah daripada tafsir dan jalannya ialah riwayat dan naqli daripada Nabi s.a.w dan ijma’ as-sohabah. Kedua, pandang tilik daripada sekira-kira pihak ma’qul iaitu satu jumlah daripada takwil dan jalannya ialah memahiri bahasa Arab iaitu pada memahamkan dan menghayati al Quran dengan bahasa Arab itu. Selain itu, wajib tahu yang menafsirkannya akan kalimah-kalimah al Quran dan keterangan bahasanya. Selain itu tahu pula makna-makna yang zahirnya dan batinnya.

Maka, sesiapa yang tidak tahu akan ‘rukun-rukun’ yang demikian, bagaimana mereka boleh mengharung dalam menafsirkan al Quran? Bagaimana tergamaknya mereka yang berkopiah lebai dan berjanggut kambing boleh membenarkan bukan Islam bercakap tentang al Quran di khalayak Islam yang seharusnya menjaga kesucian dan kemurnian Al Quran.

Masakan hanya dengan alasan berpolitik, maka dibenarkan ‘ceramah’ seperti itu dengan sewenang-wenangnya?

Memang benar bukan Islam dibenarkan membaca al Quran dan terjemahannya tetapi orang berkenaan tidak dibenarkan sama sekali untuk meuar-uarkannya apatah lagi cuba mengajar dengan ayat-ayat al Quran yang hanya difahami pada maknanya. Walhal adakalanya makna pada ayat Quran berkenaan tidak tepat dan hanya ydijadikan sebagai panduan.

The Flying Kick

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");