Perak Hari Ini

Teruskan rentak menyerang, Jangan Bertahan-Raja Ahmad

Wira negara yang membenam pasukan negara jiran Indonesia 3-0 Ahad lalu diminta meneruskan rentak menyerang dalam perlawanan kedua Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta 29 Disember ini.

Harimau Malaya mungkin berhadapan serangan bertali arus pihak lawan sekiranya menukar corak bertahan dengan bekalan tiga gol yang dibawa ke tempat lawan dalam misi membawa pulang piala tersebut pertama kali ke sini.

Jawatankuasa Pengurusan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, saya percaya skuad negara mempunyai harapan besar memastikan misi berjaya tetapi harus mengekalkan prestasi sepanjang 90 minit perlawanan.

”Kemenangan yang dikecapi ini adalah di tempat sendiri dan semua pemain harus sedar permainan di tempat lawan adalah agak berbeza dan mereka harus memastikan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap terbaik.

”Janganlah letakkan pasukan dalam keadaan selesa kerana kita pernah ditewaskan 1-5 sebelum ini…terlalu banyak implikasi akan timbul ketika bermain di tempat lawan,”katanya kepada Bernama hari ini.

Raja Ahmad berkata, walaupun kita tewas 1-4 semasa perlawanan itu kelak..kita masih membawa pulang piala itu tetapi biarlah kita menunjukkan mutu dan semangat permainan yang tinggi.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden FAM berkata, seluruh rakyat Malaysia menunggu kepulangan piala itu dengan penuh harapan memandangkan ianya adalah kali pertama bakal datang ke sini.

Ini merupakan kali kedua pasukan negara layak ke perlawanan akhir dan kemenangan ini akan mengubah landskap bolasepak Asia Tenggara.

”Saya juga menyeru warganegara Malaysia yang tinggal di sekitar Jakarta dan Bandung untuk turun memberi sokongan kepad pasukan negara ketika perlawanan itu kelak,”katanya.

Katanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan rakyat Indonesia semasa perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil baru-baru ini wajar dicontohi masyarakat kita di sana.-Dollah Klorox

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");