Berita Hari Ini

TUDUHAN KES RASUAH TERHADAP KHIR TOYO MEMBUKTIKAN SPRM BETUL

Semalam negara dikejutkan dengan penangkapan YB Dato Seri Khir Toyo dan terus dibawa untuk pertuduhan oleh SPRM. Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail berkata beliau berpuas hati dengan SPRM yang menjalankan siasatan dengan rapi dan teliti sehingga tertuduh dibawa ke Mahkamah.

Sebelum ini SPRM sering dituduh menyebelahi kerajaan dan menteri-menteri kabinet BN. Hari ini terbukti bahawa tuduhan tersebut adalah salah.

Kini tiba lah masanya untuk SPRM meneropong pula pihak pembangkang yang kehidupan mereka terlalu mewah dan bergaya. Ada yang membina rumah melebihi kemampuan mereka.

Setakat hari ini sudah banyak laporan yang dibuat oleh Umno , Perkasa dan lain-lain NGO terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak pembangkang namun semua masih sepi tanpa sebarang keputusan.

Kes perarakan yang melibatkan kemunculan seekor kepala lembu telah mendapat reaksi pantas oleh pihak berkaitan, begitu juga kes cubaan membakar gereja, begitu cepat tangkapan dan tuduhan dibuat, sebaliknya jika  masjid atau surau di cemari oleh pihak tertentu tindakannya lambat dan lama-lama senyap begitu sahaja. Banyak sudah kes yang jadi sedemikian rupa.

Demontrasi jalanan yang mencetus huru hara ramai yang bebas malah ada yang berjaya menyaman kerajaan kerana menahan mereka secara yang salah. Jelas menunjukkan undang-undang negara kita masih banyak yang longgar dan membolehkan rakyat yang anti kerajaan melakukan segala macam demontrasi dan mereka tahu setakat mana kuasa yang ada pada polis.

Oleh itu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara hendaklah menyemak semula undang-undang yang ada untuk dibawa ke dalam dewan parlimen.

Alang-alang menyeluk pekasam  biar sampai ke pangkal lengan , alang kepalang membenteras rasuah biar benteras semua , jangan ada yang senyum lebar kerana ‘aku tak kena’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");