Isu Panas

UMNO Kuat, Melayu Merempat? Buta Perut Punya Idris Ahmad!

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang celupar dan kurang ajar bersuara lagi.

Kali ini anak haram bernama Idris ini mahu slogan UMNO ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana UMNO Kuat, Di situ Melayu Merempat’.

Ini katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu ‘hilang’ disebabkan UMNO.

Di samping itu, menurutnya, UMNO sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

“Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin UMNO semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja,” ujarnya.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan UMNO pula tidak larat.

Begitulah ‘indahnya’ bahasa Idris dalam memperlekehkan UMNO, parti yang dibencinya dari dulu hingga sekarang..

Maaf Idris, sebagai orang yang waras dan tidak nyanyuk (tidak seperti dirinya), saya tidak akan teragak-agak untuk menyatakan UMNO sebenarnya lebih berjaya berbanding Pas terutama dalam mentadbir Negara Malaysia yang kita cintai ini.

UMNO telah berjaya menyatupadukan bangsa, menyalakan semangat nasionalisme Melayu, mengimarahkan Islam, mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, menjalin persefahaman dan kerjasama antara kaum, merundingkan dan akhirnya mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

UMNO kemudian mengembangkannya menjadi Persekutuan Malaysia, memelihara keamanan dan ketenteraman negara, menjayakan pembangunan sosial dan ekonomi negara, memakmurkan Malaysia,.

Saya juga tidak akan ragu-ragu untuk menyatakan yang UMNO jugalah yang berjaya mewujudkan kelas menengah Melayu, membasmi kemiskinan, merintis pelbagai bentuk kerjasama dalam kalangan negara-negara ASEAN.

UMNO juga telah memainkan peranan aktif dalam usaha mewujudkan persefahaman dan kesetiakawanan dalam kalangan negara-negara Islam di seluruh dunia.

Untuk sekian lama, jasa dan kejayaan UMNO itu, disedari dan diakui oleh warga di negara ini dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Untuk itu, setiap kali diadakan pilihan raya, sebahagian besar warga tetap dan terus memberi kepercayaan kepada UMNO begitu juga kepada parti-parti rakan dalam BARISAN NASIONAL.

Di peringkat antarabangsa, kisah-kisah kejayaan kita sering dirujuk, dijadikan contoh – dijadikan teladan.

Dalam tempoh lima puluh tahun lalu, Malaysia telah berjaya berhijrah daripada antara negara termiskin di dunia kepada negara yang diiktiraf sebagai negara yang mencapai taraf pembangunan insan yang tinggi oleh UNDP.

Tenaga kerja asing turut melihat Malaysia sebagai ‘land of opportunity’ , tanah bertuah di mana peluang dan rezeki melimpah ruah.

UMNO juga berjaya merintis dan mewujudkan formula kerjasama antara kaum yang benar-benar bermakna; bermula dengan kerjasama UMNO-MCA, diikuti dengan MIC untuk menubuhkan PERIKATAN yang kemudiannya dikembangkan menjadi BARISAN NASIONAL.

Hari ini peniruan formula kerjasama hak cipta kejayaan UMNO atau salinan foto yang paling hampir adalah usaha yang sedang ditiru oleh PAKATAN PEMBANGKANG, yang masih dalam suasana berbulan madu, tetapi jiran-jiran memberi tahu, sudah pun terdengar bibit-bibit perselisihan.

Bolehlah disimpulkan bahawa rahsia kekuatan dan kejayaan UMNO selama ini adalah kepekaan terhadap perubahan zaman dan kepekaan melakukan adaptasi kepada tuntutan tenaga-tenaga sosial yang baru.

Setiap satunya dihadapi dan ditangani oleh UMNO dengan sikap sederhana, melakukan perubahan tanpa melupakan kesinambungan.

Ingat Idris, kau menungkin gunakan satu jari untuk memperlekehkan orang lain, tetapi kau lupa empat jari lagi sebenarnya menunding pada diri kau sendiri.

Teruskanlah membuat dosa kering wahai Idris….bukan apa, terhibur juga dengar seorang ustaz memaki-hamun dan mengutuk bangsa seagamanya sendiri.

Semoga Allah memberikan hidayah pada Idris, pemimpin Pas yang hina ini!

Oleh Jeffri Zachariah – Malaysia Instinct

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");