Perak Hari Ini

Ustaz Nga suruh Zul Kulim bertaubat!!!

Hanya kerana menasihatkan rakyat Malaysia supaya menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik, Zulkifli Nordin telah dibantai oleh “ustaz-ustaz” belaan PAS didalam DAP Perak. Nyata kenyataan Zul Kulim ini telah memberikan tamparan hebat buat parti chauvinist tersebut.

Dua tiga hari lepas, Zul Kulim membuat kenyataan menolak DAP kerana tindakan parti chauvinist itu jelas serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura tersebut mendapatkan kuasa. PAP juga mempergunakan Islam bagi memperdayakan masyarakat melayu Singapura pada ketika itu.

Terbukti kini PAP jelas meminggirkan bangsa melayu di Singapura dan hanya mementingkan kepentingan kroni kaum mereka sahaja. Bangsa melayu terpinggir dari semua aspek baik kehidupan sosial mahupun pembangunan ekonomi.

Dan semalam, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming membalas kenyataan Ahli Parlimen Kulim tersebut dengan menyifatkan Zulkifli berpandangan cetek dan tidak waras. Zul juga dituduh menjadi alat kepada UMNO untuk menabur fitnah bagi menyerang Pakatan Rakyat.

Bukan setakat itu saja, Nga yang pernah menggemparkan negara dengan surah auranya itu juga berdoa supaya Zul Kulim bertaubat serta kembali kepangkal jalan. Zul dianggap sebagai ahli politik murahan yang langsung tak layak bercakap mengenai politik di negara ini.

Persoalannya, apakah kafir harbi yang memusuhi pemerintahan pemimpin Islam seperti Nga Kor Meng ini layak untuk menyuruh Zul Kulim bertaubat? Apakah ini yang diajar oleh pemimpin PAS Perak kepada Nga? Amat membimbangkan jika seorang kafir seperti Nga Kor Ming ini sudah berani menyuruh orang islam bertaubat hanya kerana politik.

Jika ini yang diajar oleh PAS, ternyata mereka telah mengkhianati bangsa dan agama mereka sendiri. Kafir-kafir ini semakin berani mengajar umat Islam seolah-olah mereka lebih beriman dari kaum muslimin. Mungkin kafir-kafir DAP ini berasakan bahawa mereka sudah menjadi istimewa hanya kerana berkawan dengan PAS.

Dan orang Islam didalam PAS pula bersekongkol dengan para kafirun DAP ini bagi menentang sebuah kerajaan pemerintahan Islam didalam negara. Bukankah ini merupakan satu bentuk pengkhianatan yang nyata terhadap bangsa dan agama? Didalam Islam sendiri melarang rakyat didalam sesebuah negara menjatuhkan kepimpinan umarak Islam yang masih mengekalkan syiar Islam.

Jelas sekali bahawa DAP telah menggunakan PAS sebagai lesen besar untuk menghina umat islam lain yang tak sehaluan dengan mereka. DAP menjadikan PAS sebagai benteng untuk mereka mencerca bangsa melayu dan juga kaum muslimin di negara ini. Adakah PAS sedar tentang ini?

Dengan adanya PAS bersama mereka, DAP kini semakin berani bercakap sesuka hati kepada bangsa melayu dan juga orang Islam. DAP juga semakin berani mempertikaikan hak-hak bangsa melayu serta kuota bumiputera setelah bersekedudukan dengan PKR.

Sebelum ini Guan Eng dengan selamba memanggil melayu sebagai dayus, lembik dan bodoh serta mempertikaikan kewarganegaraan bangsa melayu di negara ini. Kini giliran Nga Kor Ming pula.

Pemimpin-pemimpin PAS yang sepatutnya perlu bertaubat kerana telah membuka peluang bagi musuh-musuh Islam seperti DAP ini berkuasa didalam negara. PAS juga harus kembali kepangkal jalan dan juga kembali kepada asas perjuangan parti mereka semasa ditubuhkan dulu.

Hanya kerana gilakan kuasa pemerintahan, PAS tergamak menggadaikan bangsanya sendiri. Hanya kerana tamakkan kemewahan dunia, PAS dan PKR juga sanggup mengkhianati umat Islam di negara ini. Apakah mereka-mereka ini mampu menjadi pemimpin yang baik bagi rakyat Malaysia khususnya umat Islam?

sumber: www.mykmu.net

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");