Perak Hari Ini

YBUDR bakal lancar Skim Ar Rahnu tahun 2011

Skim Ar Rahnu, program mikro kredit berasaskan pajak gadai Islam  berjaya membantu memantap serta memperkukuhkan usahawan kecil dan sederhana.

Atas bukti itu, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bakal melancarkan skim yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan kaum, mulai tahun 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Azwan Harun berkata, Skim Mikro Kredit (SMK) itu adalah satu lagi instrumen membantu membasmi kemiskinan melalui pengupayaan melaksanakan perancangan menambah pendapatan.

“Ini kerana kita percaya sebahagian kumpulan-kumpulan sasar kita yang terdiri daripada peniaga-peniaga kecil-kecilan ini, mereka juga mempunyai mungkin barang-barang emas atau aset-aset yang boleh dijadikan gadaian ataupun sandaran untuk mendapat sumber kewangan, mungkin bagi membesarkan perniagaan.

“Sekaligus membantu mengembangkan perniagaan untuk mendapat pendapatan yang bertambah,” katanya di sini, baru-baru ini.

Khairul Azwan berkata, menerusi Bajet 2011 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan iaitu sebanyakRM4 juta kepada YBUDR bagi meneruskan SMK yang akan memasuki tahun kedua pelaksanaannya.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga akan digunakan bagi pembaikan rumah golongan miskin yang terlalu daif, termasuk pembinaan rumah baru, pendawaian semula dan mengganti bumbung-bumbung yang rosak.

Justeru katanya, mulai tahun 2011 YBUDR akan meluaskan jaringan sularelawan sedia ada berteraskan semangat kesukarelawan yang boleh menjadi faktor pengubah kepada landskap sosio-ekonomi masyarakat.

Jelasnya, agenda itu selari dengan usaha dipelopori YBUDR  bagi membentuk satu gerakan massa bagi menjadi asas kejayaan agenda membasmi kemiskinan di negeri Perak. – YBUDR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");