Perak Hari Ini

Zambry dan Nizar berdebat mengenai isu ancak

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bertukar menjadi pentas perdebatan hangat antara Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu upacara letak ancak.

Pertikaman lidah antara Zambry dengan Nizar bermula apabila wakil rakyat pembangkang itu mendesak diberikan penjelasan segera ketika melakukan penggulungan Bajet 2011 mengenai upacara ancak yang dikatakan khurafat.

Akibat didesak, Zambry menyatakan kekesalannya kerana dituduh terlibat dalam upacara ancak walaupun pada hakikatnya ianya adalah majlis meletakkan tiang seri pasangan OKU yang langsung tidak melibatkan unsur khurafat.

“Dia menuduh saya lakukan upacara ancak kerana telah diminta bertaubat oleh Mufti Perak kerana menyertai upacara memegang lilin memperingati kematian Teoh Beng Hock tahun lepas,” katanya.

Lantas Nizar bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan pada hari pertama persidangan Isnin lalu bahawa beliau mengaku bersalah melakukan dosa besar dan telah bertaubat atas perbuatannya itu berikutan fatwa Mufti yang mengatakan perbuatan sebagai menyalahi hukum.

Namun, wakil rakyat Pasir Panjang itu mahu Mufti Perak juga mengeluarkan fatwa atas perbuatan Zambry dan meminta beliau menyatakan bahawa samada ianya ancak atau tidak.

“Saya menafikan ia ancak. Namun, untuk menyatakan samada majlis menaikkan tiang seri itu salah dari segi hukum, kena tanya Mufti,” katanya.

Zambry kemudian meminta wakil rakyat Pasir Panjang untuk memberikan definisi ancak dan Nizar bangun sambil memegang gambar Menteri Besar menaikkan tiang seri dan membaca definisi ancak mengikut Kamus Pelajar dan Kamus Dewan.

“Ancak ialah talam dari anyaman atau tempat menyaji barang kepada hantu dan memuja hantu. Secara rumusannya, ancak ialah upacara untuk mengajak unsur luar datang membantu,” kata bekas Menteri Besar itu.

Zambry menjelaskan ancak ialah sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam budaya Melayu melibatkan barang-barang seperti bertih, pulut kuning, ayam panggang, telur dan anak patung.

Bagaimanapun, Zambry berkata majlis menaikkan tiang seri yang beliau hadiri tidak melibatkan barang-barang berkenaan.

Jelas beliau lagi, selepas upacara menaikkan tiang seri, upacara renjis dilakukan dan kemudian diikuti doa oleh imam masjid di kampung tersebut, bukannya upacara jampi serapah dan dibuang persembahan itu ke dalam sungai.

“Itu bukan ancak. Ancak hanya istilah yang digunakan oleh Pemuda PAS, Harakah dan tokoh ‘manipulator’ Pasir Panjang.

“Bab hukum hakam tidak payah hendak manipulasi. Selama ini, Pasir Panjang maki Mufti Perak merata-rata, cakap mufti diupah oleh Barisan Nasional (BN) hasut pelajar-pelajar di Australia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");