Perak Hari Ini

14 kampung dari DUN Kubu Gajah nikmati kemudahan lampu jalan-Raja Ahmad

Penduduk dari 14 kampung di DUN Kubu Gajah kini dapat menarik nafas lega apabila jalan kampung masing-masing sudah dipasang dengan 283 lampu hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata setiap lampu yang dipasang itu berharga RM300 dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memasang lampu di tiang-tiang yang ditentukan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Dengan pemasangan lebih banyak lampu ini, jalan-jalan kampung semakin terang dan kita amat menghargai bantuan kerajaan negeri yang menyediakan kemudahan ini terutamanya bagi wanita yang pulang bekerja pada waktu malam.

“Sebelum ini, saya menerima banyak rungutan daripada penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana masih terdapat beberapa lorong dan jalan masuk ke kampung yang gelap kerana tiada kemudahan lampu jalan.

“Selain itu, saya juga mengarahkan JKKK supaya menentukan pemasangan lampu mengikut tiang-tiang yang telah dibina oleh TNB,” katanya selepas meninjau kerja pemasangan lampu jalan di DUN Kubu Gajah, semalam.

Jelasnya, sebarang permohonan untuk memasang lampu jalan boleh diajukan terus kepada ketua kampung untuk tindakan segera.

Dalam perkembangan lain, Raja Ahmad menasihatkan ibu bapa, penjaga dan pelajar yang menerima dermasiswa kerajaan negeri Perak diingatkan agar tidak menyalahguna bantuan tersebut.

Sebaliknya wang tersebut katanya, harus digunakan bagi membiyai kos perbelanjaan mereka semasa menuntut di institusi pengajian tinggi.

“Walaupun ada ibu bapa atau penjaga yang sudah menggunakan mereka terlebih dahulu, tetapi janganlah diambil pula wang itu sebagai ganti,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian dermasiwa yayasan Perak di Pejabat Penghulu Mukim Ijok, dekat Kampung Mesjid kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 14 pelajar Dun Kubu Gajah menerima dermasiswa itu dan mereka kini melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

“Pelajar yang berjaya adalah mereka yang mampu memberi khidmat kepada masyarakat dan bukan terbabit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");