Perak Hari Ini

5,000 peluang pekerjaan setiap tahun

IPOH – Kerajaan Negeri telah merangka program kerjaya menerusi Pusat Penempatan Bakat (TPC) bagi mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan belia di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, melalui program kerjaya yang telah dirangka itu sebanyak 5,000 peluang pekerjaan setiap tahun bagi penduduk di negeri ini sehingga tahun 2020.

Beliau berkata, TPC akan berfungsi sebagai pusat bagi menyelaraskan bakat seseorang mengikut kesesuaian pekerjaan.

“Kita mahu mengembangkan bakat dan kemahiran golongan belia mengikut kesesuaian pekerjaan yang akan dipilih.

“TPC akan memulakan operasinya tahun ini dan ia akan membantu menempatkan tenaga kerja di bidang yang sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, melalui kepelbagaian aktiviti ekonomi yang wujud di Perak, kadar pengangguran dijangkan dapat dapat dikurangkan.

Menurutnya, golongan belia yang gagal untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi mempunyai kemahiran akan diberikan tumpuan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan oleh industri.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");