Perak Hari Ini

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa

Seramai 50 ahli akademi, penyair dan penggiat lagu rakyat dalam dan luar negara dan pelajar pelajar IPT bidang berkenaan telah berhimpun buat julung kalinya di Puteri Bayu Beach Resort Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor.

Festival ini telah berjaya menghimpunkan ramai sasterawan dari negara serantau, yang berkongsi bahasa, sastera, seni dan akar budaya.

Festival yang bakal dijadikan acara tahunan di Pulau Pangkor ini. Justeru, Pulau Pangkor bukan sahaja dikenali sebagai pulau peranginan, tetapi boleh juga diketengahkan sebagai ‘Pulau Seni dan Budaya.

Festival telah bermula dengan foram dan enam kertas kerja telah dibentangkan oleh Prof Datuk Zainal Abidin Datuk Borhan dari GAPENA, Prof Emeritus Dr Budi Darma dari Universitas Surabaya, Prof Dr Rahman Napiah dari Universiti Pendidkan Sultan Idris, Aminuddin Hashim dari Institut Darul Ridzuan, Dato’ Mohamed Nor Khalid (LAT) dan Dato Baharuddin Zainal.

Pada sebelah malamnya tetamu dan peserta festival diraikan dalam majlis makan malam oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kemuncak acara ialah beberapa peserta dalam dan luar negara telah mendeklamasikan sajak dan puisi mereka dengan penuh gaya yang amat profesyenal.

Dr Zambry juga tidak melepas peluang untuk mendeklamasikan sajak ciptaannya dengan penuh syahdu, sajak yang menggambarkan zaman kanak-kanak yang hidup penuh kesusahan dan bercita-cita untuk menggapai satu kejayaan untuk membebaskan diri dan keluarga dari kepompong kemiskinan.

Selesai majlis Dr Zambry menyertai penduduk kampung memukat ikan dipinggir laut dengan pukat tarik atau setengah tempat menamakan pukat hancau sehingga jam 4 pagi.

Sebelah pagi esok peserta seminar akan beriadah dengan bermain golf bersama Dr Zambry dan kakitangan IDR.

Dr Zambry juga berharap karyawan dapat mengkaji dan mengali semula puisi puisi rakyat dari semua kaum yang semakin dilupakan agar ia tetap kekal dalam budaya Perak.

Perak juga akan membangunkan sebuah Kampung Karyawan (Art Colony) bertujuan untuk memberi ruang kepada karyawan dalam semua genre untuk menulis dan berkarya. Ia juga dapat mempromosikan perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program fellow dengan penyertaan dari dalam dan luar negara. Ia akan merealisasikan angkatan generasi muda yang partisipatif serta keharmonian sosial. Kampung Karyawan diharapkan akan dapat mengurus acara budaya, sastera dan seni dalam semua genre. RM 1 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan prasarana tersebut.

Rakyat Perak hendaklah menjadi rakyat yang maju dan seimbang. Maju dalam aspek ekonomi, aspek minda, aspek emosi dan kerohaniannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");