Perak Hari Ini

Batu Gajah Sentral bantu perkemas sistem pengangkutan awam di Batu Gajah

Sistem pengangkutan awam di Batu Gajah dan kawasan sekitarnya dijangka menjadi lebih cekap dan teratur berikutan pembinaan terminal bas dan teksi di bawah projek Batu Gajah Sentral yang dijadual beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Terminal yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu juga akan menjadi sebagai pusat transit ke lapangan terbang tambang murah (LLCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata selain kemudahan bas dan teksi, projek yang membabitkan kos RM120 juta itu juga akan membina hotel dengan kapasiti 80 bilik berkonsep moden yang menyediakan perkhidmatan konvensyen dan penginapan kepada pengunjung dan pelancong ke Batu Gajah.

Katanya, pembinaan terminal bas dan teksi itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga sekitar Pusing, Papan, Tanjung Tualang dan Seri Iskandar.

“Syarikat ini tidak melupakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) apabila turut membangunkan projek terminal bas dan teksi yang membabitkan kos keseluruhan RM1.5 juta.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh satu tahun dan kerajaan negeri berharap sistem pengangkutan awam di Batu Gajah akan lebih teratur berbanding kerana ketika ini pengusaha teksi di sini terpaksa beroperasi di bawah jambatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Batu Gajah Sentral pagi ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Keris Properties Sdn Bhd, Datuk Lee Seng Hee, Pengarahnya, Michael Tan dan Pegawai Daerah Kinta, Datuk Razali Othman.

Apabila siap kelak, ia akan diurus sepenuhnya oleh Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan penguasaha teksi hanya dikenakan kos minima bagi tujuan penyelenggaraan kawasan.

Sementara itu, Hamidah berkata, projek terbabit juga berupaya merealisasikan sasaran MDBG untuk mencapai status majlis perbandaran menjelang 2015.

Kelulusan segera tanpa banyak karenah birokrasi katanya, dapat merancakkan lagi pembangunan projek yang menguntungkan rakyat tempatan .

Dalam perkembangan berkaitan, Michael berkata, pelancaran pembangunan bersepadu Batu Gajah Sentral akan merangsang kemajuan infrastruktur di kawasan barat Perak dan memanfaatkan dari rakyat segi ekonomi dan sosial.

Katanya, selain kemudahan pengangkutan awam dan hotel, syarikat itu juga akan membina kedai pejabat serta taman perumahan mampu milik dari harga RM55,000, rumah berkembar dan banglo.

“Terletak di Jalan Pusing, terminal ini mudah digunakan penduduk Batu Gajah dan kawasan sekitar selain kedudukannya begitu strategik kerana memakan masa yang singkat dari pekan berdekatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");