Perak Hari Ini

BN Perak sudah hantar pasukan untuk kempen di Tenang

Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak sudah menghantar satu pasukan menjelang pilihanraya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.

“Kita sudah menghantar sepasukan dari Perak dan mereka sudah pun berada di kawasan yang dikhaskan. Penghantaran pasukan itu khusus untuk membantu memperkasakan jentera parti di DUN Tenang.

“Jentera Perak akan membantu daripada pelbagai aspek termasuk menjelas dan mematahkan hujah pihak pembangkang terutama memperbetulkan tanggapan negatif rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya memberi sepenuh sokongan dan akan terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN.

“Inisiatif seperti ini adalah perkara tradisi yang diamalkan BN termasuk di Perak dalam membantu setiap calon parti.

“Diharapkan pasukan berkenaan bijak mengendalikan situasi ketika berkempen bagi memastikan kemenangan kepada calon BN,” katanya.

SUMBER : Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");