Perak Hari Ini

Buletin Rakyat terus tabur fitnah terhadap kerajaan BN

Buletin Rakyat milik Parti Sosialis Malaysia (PSM) terus menabur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila mendakwa Adun Lintang, Datuk Ahamed Fakeh Adam menipu 51 pemilik tanah mengenai pembahagian dividen.

Tuduhan terbaru itu dilemparkan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj yang menyebut wakil rakyat itu berkongsi milik bersama Syarikat Sawit Jaya Setia untuk menipu pemilik tanah yang juga bekas perajurit.

Kenyataan akhbar yang bertajuk Orang Kampung ditipu Syarikat itu mengatakan seramai 51 bekas perajurit diberi 415 ekar tanah di Kampung Jaya Setia 30 tahun lalu. Pada 1982, 51 daripada mereka telah memberi tanah kepada syarikat Sawit Jaya Setia yang dikongsi milik oleh Adun Lintang untuk perusahaan sawit.

Tetapi malangnya, janji bulanan tidak diberi dan pemilik tanah rasa ditipu. Kini, bekas perajurit mendapati tanah mereka telah dijual kepada sebuah konsesi dan  konsesi itu bertindak membersihkan tanah terbabit. Penduduk telah membawa isu penyelewengan itu kepada PSM dan kedua-dua belah bertindak menghentikan kerja pihak konsesi di atas tanah mereka.

Sementara itu, Ahmed berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap pembohongan yang dikeluarkan dalam Buletin Rakyat dan menafikan pembabitannya dalam isu terbabit.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mungkin mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput, hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen PKR itu juga turut mengeluarkan dakwaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) tidak menyalurkan kesemua peruntukan RM1.72 juta yang diluluskan bagi parlimen itu sepanjang tahun lalu.

Kenyataannya yang dikeluarkan di sebuah akhbar pada 10 Januari itu bagaimanapun disangkal oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Datuk Hasim Hassan.

Beliau berkata, kenyataan Jeyakumar berlaku penyelewengan dalam penyaluran peruntukan itu adalah tidak benar sama sekali.

“ICU menyalurkan peruntukan terus kepada projek pembangunan kawasan dan antara peruntukan terbesar yang disalurkan adalah pembinaan Masjid Al-Ghufraniah Sungai Siput dengan perbelanjaan RM1.1 juta.

“Dakwaan Ahli Parlimen pembangkang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengenai jumlah peruntukan kepada sebuah sekolah kawasan itu juga tidak tepat,” katanya.

Hasim berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sungai Siput adalah sebanyak RM1,500 dan bukan RM2,500 seperti yang didakwa.

Beliau berkata, peruntukan kepada sekolah itu dimohon Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang, Datuk Ahamed Pakeh Adam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");