Perak Hari Ini

Daerah Manjung antara 10 lokasi persinggahan perlumbaan Le Tour De Langkawi edisi ke-16

Daerah Manjung adalah satu-satunya daerah di Perak yang bakal menjadi persinggahan perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour De Langkawi edisi ke -16, pada 25 dan 26 Januari ini.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dijadual menerima ketibaan rombongan pelumba LTDL pada 25 Januari di hadapan pusat beli belah The Store manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula akan membuat pelepasan peserta di Ayer Tawar pada hari berikutnya.

Bagi mewar-warkan perlumbaan LTDL yang bakal berlangsung nanti, kerajaan negeri menganjurkan Program Kayuhan Yellow Ride yang dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di Sitiawan, kelmarin.

Program dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu membabitkan kayuhan santai sejauh 10 km bagi orang awam dan 5 km bagi orang kenamaan khusus bagi mempromosikan LTDL.

Kayuhan yang tidak berasaskan kemenangan itu bertujuan mengajak masyarakat tempatan untuk menyokong program sukan tempatan selain mengeratkan silaturrahim selaras dengan tema 1Malaysia.

LTDL edisi ke -16 yang dijadual pada 23 Januari ini membabitkan 10 peringkat perlumbaan, bermula di Dataran Helang, Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Februari.

Ketua Pegawai Operasi LTDL 2011, Mohamed Salleh, berkata sebanyak 23 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta yang ditawarkan pihak penganjur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");