Perak Hari Ini

Debat sudah bukan fesyen lagi; Tajuddin beritahu Anwar

Debat dan demonstrasi bukan lagi caranya untuk menyelesaikan masalah, di dekad kedua, abad ke 21 ini. Oleh itu, ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti mengajak orang berdebat dan juga berdemonstrasi.

Tambah Tajuddin lagi, tindakan seperti itu lebih mengunjur kepada melayan emosi daripada berfikiran secara rasional dan waras.

“Sudah-sudahlah tu Anwar, sejak zaman mahasiswa sehingga kehari ini masih lagi nak membawa cara yang sama. Berdebat dan berdemonstrasi sudah ketinggalan zaman, ‘out of fashion’.

“Berdebat secara terbuka ini hanyalah nak tunjuk gah dan kepetahan kepada khalayak ramai, dan berdemonstrasi pula hanyalah nak tunjukkan perasaan,” kata Tajuddin kepada satu sidang media selepas mewakili Felcra Berhad wilayah Perak membayar zakat musim padi 1/2010 kepada Majlis Agama Islam Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Diabad ke 21 ini bukan itu caranya lagi, apa yang patut dibuat adalah fikirkan cara untuk bekerja dengan lebih baik, dan jika ada sebarang perancangan atau pelan, Tajuddin sarankan kepada semua pihak, agar membuat kertas kerja yang komprehensif supaya boleh ditimbangkan keberkesanannya oleh rakyat.

“Masa sekarang adalah untuk bertindak dengan minda bukan emosi,” kata Tajuddin.

Tajuddin mengulas tindakan Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat terbuka ekoran kritikan Najib terhadap pelan 100 hari Pakatan memerintah Malaysia.

Terdahulu, Tajuddin yang juga pengerusi Felcra Berhad, mewakili wilayah Perak agensi itu untuk membayar zakat musim padi 1/2010 sebanyak RM825,137.66 kepada Raja Muda Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah yang mewakili Majlis Agama Islam Perak.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim, dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");