Perak Hari Ini

Deme Tanya Pak Ngah Jawab rai ulang tahun kedua

Sempena ulang tahun kedua rancangan ‘Deme Tanya Pak Ngah Jawab’ yang bersiaran di Perakfm, tanggal 1 Mac nanti, beberapa acara telah disusun pada hari tersebut untuk meraikannya. Pada hari tersebut, Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan mengambil tempat Pak Ngah untuk seketika.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar yang memegang nama jolokan Pak Ngah itu, pada satu sidang media yang berlangsung di Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

“Pada hari itu, Dr. Zambri akan ke udara menggantikan Pak Ngah untuk melayan panggilan ke program radio itu. Ini adalah peluang untuk para pemanggil berinteraksi secara terus dengan Menteri Besar,” kata Hamdi.

Menurut Hamdi lagi, walau pun rancangan itu akan berjalan seperti waktu biasa selama sejam, iaitu daripada jam 9 pagi hingga 10 pagi, namun orang ramai dapat membuat aduan secara terus kepada Menteri Besar di Dataran MBI pula selepas itu.

“Bermula jam 10 pagi, Dr. Zambry akan berada di Dataran MBI untuk melayan aduan rakyat sehingga jam 1 petang. Disamping itu juga, kaunter bayaran saman JPJ, trafik dan MBI akan dibuka di tempat yang sama untuk memudahkan orang ramai membayar saman mereka.

“Mungkin badan-badan yang terbabit boleh memberi diskaun ke atas saman-saman yang dibayar ketika itu,” kata Hamdi. dan tambah beliau lagi, satu pameran khas untuk para pelajar turut dianjurkan pada sebelah petangnya.

Pada sebelah malamnya pula, satu forum perdana akan dianjurkan, melibatkan ahli-ahli panel ternama termasuk juara rancangan Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Rancangan ‘Deme Tanya Pak Ngah Jawab’ adalah program radio yang mempunyai rating tertinggi siaran Perakfm, dan semenjak ia keudara dua tahun lepas sehingga hari ini, Pak Ngah telah menerima sebanyak 565 aduan melalui panggilan telefon.

Disamping panggilan telefon, Pak Ngah melayan 53 aduan melalui laman sosial sesawang Facebook dan 10 aduan melalui surat bertulis. Diantara jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat adalah Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah dan Perbandaran dan lain-lain jabatan kerajaan dan agensi yang berkaitan.

“Rancangan ini popular kerana kita dapat berhubung terus dengan jabatan-jabatan dan agensi yang berkaitan dengan cara yang lebih berhemah, dan mendapat tindakan segera,” kata Hamdi.

Program radio ‘Deme Tanya Pak Ngah Jawab’ ini telah berjaya menyelesaikan 348 aduan daripada 565 aduan yang diterima setakat ini dan kini ia telah menjangkau ke Siri 95 penyiarannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");