Perak Hari Ini

Dewan Orang Ramai Gunung Rapat penempatan sementara kanak-kanak cacat – YB Dato Hamidah Osman

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sudah mengenalpasti lokasi bagi menempatkan 54 penghuni Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Ipoh selepas rumah banglo yang mereka diami terbakar. Lokasinya adalah dewan orang ramai Gunung Rapat akan dijadikan penempatan sementara.

Bercakap kepada pemberita sewaktu melawat kanak-kanak cacat di Dewan Bankuasi Carsem , YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat juga Exco Kanan kerajaan negeri Perak berkata, mereka harus dipindahkan segera kerana keadaan di dewan Carsem yang mereka diami sekarang agak kurang selesa. Kanak-kanak ini majoritinya tidak mampu menguruskan diri sendiri, mereka perlu diurus oleh penjaga mereka.

Katanya lagi ada juga diantara kanak-kanak ini berpenyakit kulit yang sangat kritikal sewajarnya pihak yang bertanggungjawab membawanya ke hospital untuk rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kesemua penghuni terselamat dalam kebakaran itu namun bahagian atas rumah banglo musnah teruk dan mereka terpaksa dipindahkan sementara ke Dewan Bankuasi Carsem pada jam 11 malam.

YB Dato Hamidah berkata, ” banglo yang diduduki oleh kanak-kanak cacat ini tidak mempunyai sijil layak menduduki, oleh sebab itu persatuan yang menguruskan kanak-kanak ini tidak dapat didaftarkan sebagai rumah kebajikan oleh jabatan Kebajikan Masyarakat”.

“Untuk sementara waktu, mereka akan ditempatkan di Dewan Bankuasi Carsem sebelum persiapan kelengkapan di dewan orang ramai Gunung Rapat”

“Hanya seorang sahaja yang dimasukkan ke Hospital Ipoh kerana diserang sawan manakala yang lain terselamat dalam kebakaran itu,” katanya kepada pemberita

Ketika ditanya pemberita mengenai pihak pembangkang terutamanya DAP yang kononnya perihatin kepada rakyat tetapi langsung tidak turun menjenguk kanak-kanak cacat yang malang ini, “Itulah sikap pembangkang sentiasa bercakap untuk mengambil hati pengundi sahaja tetapi masalah yang terdapat di kawasan mereka langsung tidak diperdulikan, bukan setakat hendak ambil tahu malah datang melawat pun tidak.

Turut hadir bersama YB Dato Hamidah ialah Datuk Bandar Ipoh Dato’ Haji Roshidi

Difahamkan kawasan yang berlaku tragedi kebakaran adalah didalam kawasan YB Ong Boon Piow. Kanak-kanak cacat pula majoriti terdiri dari kaum Cina.-http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");