Perak Hari Ini

Felcra bersedia mantapkan keselamatan makanan negara – Tajuddin

Disituasi cuaca tidak menentu dan ekonomi kucar-kacir global, menentukan ‘food security’ atau keselamatan makanan negara haruslah dititik beratkan dan disegerakan. Jika berlaku sebarang insiden yang tidak dijangka di dunia, bekalan makanan negara boleh terjejas.

Namun begitu, pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, memberi jaminan agensinya itu mampu untuk mengelakkan perkara buruk seperti keputusan bekalan beras di negara ini daripada terjadi.

Tajuddin menggesa kerajaan agar mengambil langkah segera agar Felcra dapat bertindak dengan sewajarnya.

“Felcra mampu untuk mentadbir isu pengeluaran beras untuk jaminan keselamatan makanan negara. Kita mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini, seperti mana yang boleh kita lihat di Seberang Perak, di mana kita ada 10,000 ekar tanaman padi yang telah dijalankan selama 20 tahun.

“Kita punya kepakaran dan keupayaan teknikal untuk pengeluaran beras besar-besaran, cuma persoalannya sekarang, di mana?” kata Tajuddin.

Apa yang penting sekarang, tambah Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak itu, lokasi di mana tanaman padi besar-besaran hendak dijalankan, kerana di Semenanjung kawasan tanaman padi yang sesuai sudah berkurangan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada mengatakan pada MAHA tempoh hari yang kerajaan ada membuat perjanjian ‘G to G’ atau kerajaan dengan kerajaan supaya Malaysia dapat menanam padi di luar negara.

“Bagi Felcra di mana pun tak menjadi masalah, kerana seperti yang saya katakan tadi, kita sudah bersedia dengan kepakaran dan keupayaan teknikalnya, cuma kita minta tindakan diambil dengan segera kerana sekarang ini keadaan agak mendesak,” kata Tajuddin.

Kata Tajuddin lagi, Malaysia sekarang ini mengimpot 40 peratus bekalan berasnya daripada luar negara, dan ini mendedahkannya kepada bahaya sekiranya bekalan beras dunia terjejas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");