Perak Hari Ini

Generasi muda Melayu diingatkan jangan lupa sejarah dan jati diri – Dr Zambry

Generasi muda hari ini terutamanya Melayu diingatkan supaya tidak lupa sejarah, identiti dan jati diri hingga sanggup mengeluarkan kenyataan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tidak diperlukan lagi, sebaliknya mereka boleh berjaya dengan hasil usaha sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ada di kalangan generasi muda terlupa bahawa setiap anak yang masuk ke sekolah, kolej atau universiti mendapat bantuan daripada kerajaan BN.

Tambah membimbangkan, katanya apabila mahasiswa mula mempersoal institusi yang ada kaitan dengan Melayu seperti UiTM, Biro Tata Negara (BTN) dan Utusan Malaysia yang konon-kononnya mewujudkan perasaan benci terhadap kaum lain.

“Masalah ini diburukkan lagi oleh media baru yang memutarkan-belit fakta yang benar jadi palsu dan begitulah sebaliknya semata-mata untuk meraih sokongan generasi muda.

“Cara media baru ini juga begitu pantas dan dalam masa satu hingga dua saat, dakyah atau fitnah ini akan dapat dibaca oleh jutaan rakyat di seluruh dunia dengan satu klik sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Majlis Konvensyen Pelajar dan Mahasiswa Anak Perak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, kelmarin.

Lebih 400 pemimpin pelajar dan mahasiswa anak Perak yang mewakili 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara menyertai konvensyen sehari itu yang dianjurkan dengan kerjasama Gagasan Melayu Perak.

Sementara itu, Dr Zambry berkata, faktor kemiskinan tidak sewajarnya menjadi penghalang buat pelajar kelahiran Perak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekaligus menjejaskan masa depan mereka datang dan akhirnya merugikan negara.

Kerajaan negeri melalui Barisan Nasional (BN) katanya, sentiasa komited dalam memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna termasuk menyalurkan dermasiswa kepada keluarga yang memperoleh pendapatan kurang RM1,500 sebulan.

“Saya tidak mahu dengar alasan daripada ketua kampung ada pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka disebabkan oleh faktor kemiskinan.

“Generasi pelajar ini aset penting kepada negara dan masalah kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mereka melanjutkan pelajaran.

“Pada setiap Selasa, ramai rakyat dan pemimpin atasan berjumpa saya untuk membincangkan pelbagai masalah termasuk isu kemiskinan dan kita sentiasa berusaha meringankan beban itu dengan menyalurkan dermasiswa kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading,” katanya.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri katanya, menambah peruntukan dermasiswa kepada RM8 juta   tahun lalu berbanding RM4 juta tahun sebelumnya bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Katanya, sumbangan itu juga sebagai pengiktiraf kejayaan anak Perak melanjutkan pelajaran dan ia diberi berdasarkan kepada peringkat pengajian.

Pelajar peringkat sijil dan matrikulasi menerima RM300, diploma (RM500), ijazah (RM1,000) dan ijazah profesional (RM1,200).

KLIK PADA LINK UNTUK GALERI SEKITAR MAJLIS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");