Berita Hari Ini

Kebebasan Beragama Bukti Kerajaan Adil, Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebebasan mengamalkan budaya dan ajaran agama oleh pelbagai kaum di Malaysia adalah bukti jelas kerajaan berlaku adil.

Beliau berkata kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada badan-badan keagamaan juga adalah tanda keprihatinan kerajaan yang mahu melihat rakyat hidup aman.

“Lihat hari ini penganut agama Hindu bebas menyambut Thaipusam di seluruh negara,” katanya sewaktu berucap pada sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Subramaniya Swami Devasthanam di sini malam Khamis.

Perdana Menteri berkata pendirian kerajaan mempertahankan kaum dan agama jelas dapat dilihat melalui konsep gagasan 1Malaysia yang berteraskan perpaduan.

“Masa depan kita akan menjadi lebih kuat atau kita akan rugi sekiranya menolak satu ikatan yang kukuh,” tambahnya.

Beliau yakin rakyat tidak akan menolak dengan melulu konsep 1Malaysia walaupun kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan menimbang permohonan bantuan kewangan oleh pihak kuil itu bagi menaik taraf kuil berkenaan.

Kira-kira 50,000 orang penganut agama Hindu menghadiri sambutan Thaipusam malam ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas, Presden Parti Makkal Sakti Malaysia R.S.Thanenthiran dan Ketua Penerangan MIC yang juga anggota parlimen Hulu Selangor S.Kamalanathan serta pemimpin komponen BN.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");