Perak Hari Ini

Kerajaan diminta kaji semula penubuhan pra-sekolah bagi elak pembaziran

Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman berkata ini perlu dilakukan supaya pembangunan
kelas pra-sekolah tidak memberi kesan kepada pembukaan Tadika Kemas.

“Ia penting bagi mengatasi masalah kekurangan murid di pusat pendidikan awal kanak-kanak itu, sekali gus mengurangkan pembaziran sumber pengajaran yang sama.

“Contohnya, ketika saya melawat Tabika Kemas Sungai Rokam, didapati sudah tinggal lapan orang sahaja disana kerana terdapat tiga kelas pra-sekolah yang dibuka di Sekolah Kebangsaaan Sungai Rokam,” katanya.

Oleh itu, beliau mencadangkan kelas pra-sekolah hanya perlu mengambil murid berusia enam tahun sementara kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga hingga ke lima tahun perlu dihantar ke Tabika KEMAS.

“Kedua-dua institusi berkenaan mempunyai matlamat sama iaitu memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak.

“Justeru, ia perlu diselaras dengan baik untuk mengelak pertindihan pengajaran di kalangan kanak-kanak,” katanya.

Sumber : PerakBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");