Perak Hari Ini

Kerajaan negeri kurang selesa dikelaskan miskin tegar sifar

Sungguhpun Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation and Coordination Unit – ICU), Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa negeri Perak sudah bebas miskin tegar pada November 2010, kerajaan negeri masih tidak merasa selesa dengan kedudukan itu.

Bagi kerajaan negeri, ia bukanlah sesuatu yang patut diraikan kerana banyak lagi yang harus dibuat untuk rakyat termiskin di Perak.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada satu sidang media selepas menghadiri majlis makan malam amal anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) di Ipoh, Ahad malam.

“Kita bukan tidak menerima angka yang diumumkan oleh ICU itu tapi kita masih tidak berasa selesa kerana fenomena kemiskinan ini tidak statik. Hari ini sebuah keluarga mungkin masih baik kedudukan kewangannya, tapi bila hilang sahaja pencari nafkah utama mereka, kita tak pasti kedudukan itu kekal,” Dr. Zambry berkata.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri masih kurang berpuas hati dengan data e-Kasih peringkat negeri kerana merasakan ia masih belum lengkap. Ini berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peringkat ADUN, daerah, jabatan-jabatan, mahupun orang perseorangan.

“Oleh kerana kita percaya masih ada kepincangan pada data e-Kasih itu, maka saya telah mengarahkan pegawai-pegawai daerah, ADUN, dan YBU supaya mempastikan kesahihan setiap nama yang ada,” Dr. Zambry berkata.

Pada majlis makan malam amal bersama Menteri Besar bagi tujuan mengutip dana YBU, kerajaan negeri dan 20 badan korporat yang beroperasi di Perak menyumbang RM8.5 juta untuk membasmi kemiskinan tegar dan sekim mikro kredit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");