Perak Hari Ini

Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam program e-learning-Dato Hamdi

Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam program e-learning kepada lebih 150 buah sekolah rendah di Perak sebagai persediaan menjadi antara lima negeri terbaik didalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, program ini terbukti memberi impak yang baik kepada pelajar dan amat membantu mempertingkatkan pengetahuan murid-murid bagi peperiksaan tersebut.

”Program ini yang diuji di 10 buah sekolah di kawasan Tapah berjaya meningkatkan keputusan UPSR pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

”Yayasan Perak bersetuju memberi peruntukan itu dalam rangka membantu pelajar luar bandar lulus cemerlang di dalam UPSR tahun ini.

”Untuk itu kita akan membelanjakan peruntukan sebanyak RM1 juta ini kepada sekurang-kurangnya 150 buah sekolah di luar bandar bagi tujuan yang sama tahun ini,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat program e-learning di pejabatnya hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Air Kuning, Datuk Shamsuddin Abu Hassan dan Adun Trong, Datuk Rosli Husin.

Hamdi berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melancarkan program ini pada bulan Februari

Katanya, ini adalah antara agenda utama dalam mencapai sasaran meletakkan negeri ini dalam golongan lima terbaik di peringkat negara.

”Kita mensasarkan sekolah luar bandar yang kekurangan bahan-bahan dan keadaan alam sekitar yang sedikit ketinggalan berbanding sekolah di dalam bandar,”katanya.

Katanya, sekolah-sekolah akan dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah yang akan berbincang dengan guru besar dan kriteria utama ialah sekolah yang mempunyai kemudahan internet ataupun jalur lebar.

Hamdi berkata, dalam soal pembekalan jalur lebar dan internet ini kita akan libatkan k-Perak yang mempunyai kepakaran dalam soal ini.-Dollah Kloroq

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");