Kolumnis

KHALIL IDHAM LIM DIJANGKITI VIRUS BAHLOL MELAMPAU!!!!

Khalil Idham Lim adalah ADUN PAS untuk DUN Titi Serong. Perwatakannya juga seperti orang PAS, berkopiah dan kerap menyelitkan unsur-unsur keahlian dalam bidang agama dalam setiap penulisan dan ceramahnya. Bagaimanapun, apabila dikaji dan ditelusuri, ternyata Khalil Idham Lim sebenarnya tidak lebih daripada berjasadkan PAS tetapi berjiwa DAP.

ADUN Titi Serong itu menyifatkan kenaikan harga petrol RON97 dan minyak tanah secara serentak bermula tengah malam tadi sebagai TINDAKAN UMNO-BN yang tidak keruan dan mengelirukan. (HARAKAH DAILY)

Kenaikan harga RON97 dan minyak tanah yang disifatkannya sebagai barangan keperluan rakyat, akan terus menghimpit dan menyeksakan rakyat. Dan terlebih-lebih lagi, Khalil Idham Lim juga menyatakan bahawa kenaikan harga minyak di negara ini BUKANLAH dipengaruhi oleh harga minyak dunia, sebaliknya oleh PILIHANRAYA dan keperluan Barisan Nasional.

Apa punya lawaklah ADUN Titi Serong nih!!!

Harga RON97 tidak ditetapkan oleh kerajaan, sebaliknya diapungkan. Itu adalah satu fakta. RON97 bukan barangan keperluan kerana wujudnya RON95 yang diberikan subsidi dan harganya tidak meningkat selepas kenaikan kali terakhir sebanyak RM0.05 hujung tahun lalu.Minyak tanah pula telah lama ditarik daripada senarai subsidi memandangkan kebanyakan orang tidak lagi menggunakan minyak tanah sebagai sumber cahaya utama selepas penyaluran elektrik boleh dikatakan merata sehingga ke kawasan-kawasan pedalaman, termasuklah menerusi penggunaan generator.

Kenapa bahlol benar ADUN PAS yang seorang ini sehinggakan dia mengeluarkan kenyataan yang sebegitu jahil terutama tentang kononnya harga minyak bukan mengikut pasaran dunia sebaliknya kerana pilihanraya dan keperluan Barisan Nasional? Apakah petroleum yang digunakan di Malaysia, sama ada dalam bentuk petrol, diesel, minyak kapal terbang dan kimia industri dikeluarkan dari dalam KOCEK DORAEMON?

Dah nampak sangat yang Khalil Idham Lim sebenarnya sudah kehabisan idea sehinggakan dia terpaksa mengeluarkan cakap-cakap bodoh semata-mata untuk membesarkan punggung tuan besarnya di Pulau Pinang!!!

Dalam planet ini, Malaysia bukanlah benua tunggal, bukan juga negara tunggal, sebaliknya hanya merupakan sebahagian daripada komponen negara-negara yang membentuk kesatuan dunia. Sistem perdagangan masa kini, lebih berpihak kepada sistem pasaran terbuka. Apabila menyatakan tentang pasaran terbuka, maka wujudlah juga sistem tekanan harga, sistem permintaan, sistem penawaran dan sistem pembelian panik selain sistem penimbal dan pembelian stok, bahkan sistem kawalan harga. Dan Malaysia sememangnya terlibat dalam hal-hal berkenaan seratus peratus!!!

Justeru apabila Khalil Idham Lim menyatakan bahawa harga minyak tidak ditentukan oleh pasaran, sebenarnya satu persoalan yang timbul ialah, Khalil Lim ni sebenarnya penghuni planet mana? Atau barangkali dia ni masih lagi duduk di bawah tempurung? Atau sememangnya dia tidak tahu apa-apa kecuali tentang bagaimana nak putar belit semata-mata?

Sistem pentadbiran negara dan negeri memerlukan kewujudan pembangkang. Namun apabila figur-figur pembangkang seperti Khalil Idham Lim wujud, ianya tidak lebih daripada melabelkan pembangkang sebagai BANGANG TAK BERTEMPAT, BODOH MAKAN TAHI!!!!

Wahai Idham Lim, kalau ya pun nak membangkang, bangkanglah dengan cara yang lebih matang dan berfakta. Tak payahlah nak berputar belit dan cuba menaikkan sentimen kemarahan rakyat dengan harga petrol. Yang Bongok takkan tak sedar RON97 dengan RON95 tu sebenarnya adalah dua jenis minyak yang berbeza… satu harga mengikut pasaran, satu lagi harga mengikut subsidi… kalau Yang Bongok nak memekak dan maki hamun pasal RON95 naik harga, kami pun sokong… ini Yang Bongok nak memekak pasal kenaikan harga pam warna hijau….

Alahai… bodohnya ADUN nih!!!!

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");