Perak Hari Ini

Koperasi Pembangunan Pulau Pangkor Berhad diseru jalankan pajak gadai berteraskan Islam

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini dapat memastikan harta benda masyarakat Islam di Pangkor terpelihara daripada sebarang unsur tidak baik.

“Sistem pajak gadai seperti Ar-Rahnu boleh dijalankan di kawasan itu bagi memastikan harta orang Islam di Pangkor terpelihara.

“Saya percaya menerusi kerjasama antara koperasi berkaitan dengan Bank Rakyat serta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) perniagaan seperti itu mampu dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Beliau juga berpandangan, koperasi berkenaan mampu bergerak lebih maju dan berkembang dengan pembelian pelantar milik Syarikat Kerjasama Nelayan Pangkor.

“Syarikat itu sebelum ini ada membuat tawaran harga sebanyak RM 300,000 kepada pihak yang berminat untuk membeli pelantar berkenaan dan perkara itu boleh dipertimbangkan.

“Selain itu, koperasi itu juga boleh menambahkan sumber pendapatan mereka dengan menggunakan pelantar berkenaan bagi menjalankan projek perikanan di sini.

“Dengan jumlah keahlian kira-kira 300 orang, koperasi itu akan lebih berkembang dengan rangka pelan kerja yang baik,” katanya.

Katanya, ahli koperasi juga boleh memohon pinjaman mikro kredit dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi memulakan perniagaan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");