Perak Hari Ini

Lebih banyak Mahaad Tahfiz akan ditubuhkan-DS Zambry

Setiap daerah akan diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah agama mahaad tahfiz bagi mempergiatkan lagi pendidikan tersebut di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata dasar itu dibuat bagi memperbanyakkan golongan tahfiz muda di negeri itu.

Katanya, tahun lalu kerajaan negeri telah membuka sekolah mahaad tahfiz di daerah manjung dan dua lagi akan dibuka tahun ini.

“ untuk tahun 2011, kita merancang untuk menubuhkan mahaad tahfiz di daerah kerian dan lenggong,” jelas beliau lagi.

Jelas beliau, walaupun setakat ini terdapat beberapa daerah yang telah mempunyai Mahaad Tahfiz, bagaimanapun kerajaan negeri tetap akan meneruskan rancangan untuk memperbanyakkan sekolah agama tersebut.

Zambry yang ditemui ketika majlis pecah tanah Sekolah Mahaad Tahfiz di Dun Batu Kurau menjelaskan pihaknya berharap agar lebih banyak sekolah terbabit ditubuhkan dan sekaligus dapat menepati sasaran ‘satu daerah satu mahaad’.

Menurut beliau, Mahaad Tahfiz yang akan dibina di tapak tanah wakaf seluas setengah ekar itu bakal memuatkan lebih 20 pelajar yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

“kita menumpukan kepada anak-anak orang miskin dan anak yatim yang mungkin lemah di bidang akademik namun mahir dalam soal-soal agama termasuk hafazan dan tahfiz,”

Bagaimanapun jelas beliau, pemilihan pelajar dibuat melalui Jabatan Agama Islam Perak dan Pusat Tahfiz Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");