Isu Panas

Macam Malaysia Tak Cukup Masjid

Sembahyang Politik Siap dengan Bendera Pas

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini. ( Mana pergi kekuatan untuk menegakkan negara Islam PAS dinegara ini )…!!!

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Sebelum menghadiri program anjuran PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal “pertemuan 24 Disember” lalu di Istana Negara.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Abdul Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat. “Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember). “Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu,” kata Ahli Parlimen Marang.

Dalam ucapannya di majlis itu, Anwar berkata, para pemimpin Umno khasnya presidennya Datuk Seri Najib Razak hanya bermimpi untuk bergabung dengan PAS.

“Najib boleh bermimpi kalau nak ajak PAS (bergabung),” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. “Umno sudah ditimpa mala petaka,” kata Anwar di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Agak pelik peluang keemasan bagi Anwar untuk bersumpah selepas sembahyang hajat! Mengapa beliau tak berani berbuat demikian walaupun bukan didalam masjid!!! Siapa sebenarnya sudah ditimpa mala petaka? PKR atau UMNO atau PAS ataupun DAP!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");