Perak Hari Ini

MAIP terima zakat hampir RM1.4 juta

Hari ini Majlis Agama Islam Perak menerima wang zakat perniagaan, pertanian dan ternakan lebih RM1.35 juta daripada tiga badan yang beroperasi di negeri ini. DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah berkenan menerima wang zakat tersebut bagi pihak majlis di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Jumlah bayaran zakat terbanyak hari ini datangnya daripada Felcra Berhad wilayah Perak, yang membayar RM825,137.66 sen untuk hasil padi musim 1/2010 nya. Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi wakil mengadap baginda Raja Muda.

Pertubuhan Peladang Negeri Perak pula menjadi pembayar zakat kedua tertinggi hari ini dengan jumlah RM304,279 untuk tahun kewangan 2009. Daripada jumlah besar itu; RM291,319 adalah merupakan zakat perniagaan dan selebihnya zakat ternakan. Pengerusi jemaah pengarah pertubuhan tersebut, Datuk Nadzri Ismail menjadi wakil mengadap Raja Muda.

Seterusnya Etiqa Takaful Berhad pula membayar RM221,221.38 untuk zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2009 mereka. Syarikat takaful itu di wakili oleh ahli jawatankuasa Syariahnya, Dr. Mohammad Deen Mohd Napiah.

Sebelum itu, Raja Nazrin telah mencemar duli, berkenan untuk menyampaikan watikah perlantikan seorang ahli majlis yang baharu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang menggantikan Ketua Polis negeri sebelum ini, Datuk Zulkifli Abdullah yang bertukar baru-baru ini.

Seterusnya baginda juga berkenan mencemar duli untuk penyerahan surat perlantikan kepada 16 pegawai penyelaras masjid daerah seluruh negeri Perak.

Raja Nazrin kemudian mencemar duli berkenan menghadiri persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak kali ke 174 di bangunan yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");