Perak Hari Ini

MB Perak Minta Semua ADUN Kemaskini Data E-Kasih

Kerajaan negeri Perak meminta semua jabatan dan agensi berkaitan serta Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya membuat semakan data yang tersenarai dalam E-Kasih bagi memastikan penyaluran bantuan dapat berjalan lancar.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk mengekang masalah miskin tegar dan bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan sehingga menyebabkan ada kumpulan sasaran tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya.

“Kerajaan negeri menerusi pihak yang bertanggungjawab berusaha mengemaskan kini data berkenaan secara serius kerana ingin memastikan bahawa tiap sumbangan atau bantuan yang disediakan dapat dinikmati mereka yang benar-benar layak,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Katanya adalah penting untuk memastikan bahawa senarai E-Kasih itu membekalkan maklumat yang tepat dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");