Perak Hari Ini

MBI membuka semula Kaunter Pandu Masuk

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif membuka semula Kaunter Pandu Masuk yang sebelum ini ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran tanpa perlu beratur panjang untuk menunggu giliran.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Normala Latiff berkata, kaunter itu dibuka setiap hari dari Isnin hingga Khamis dari jam 8.15 pagi hingga 3.30 petang manakala hari Jumaat dibuka dari jam 8.15 hingga 11.45 pagi dan disambung pada 2.45 hingga 3.30 petang.

Katanya, kaunter itu akan dibuka walaupun pada waktu makan tengah hari pada setiap Isnin hingga Khamis untuk memberi peluang pelanggan melunaskan bayaran bil cukai taksiran dengan segera namun ia tidak termasuk pada hari Jumaat.

“Terdapat dua kaunter disediakan bagi kegunaan pelanggan dan lorong pandu masuk yang disediakan amat selesa untuk mereka melakukan bayaran kerana ia dalam keadaan berbumbung serta sesuai tidak kira sama ada cuaca panas ataupun hujan.

“Walaupun kaunter ini dibuka namun mereka masih boleh melakukan pembayaran di kaunter yang disediakan dalam premis MBI,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Normala berkata, pembukaan kaunter berkenaan memudahkan warga bandar raya Ipoh untuk membuat bayaran semua bil MBI dan utiliti di situ sambil menjimatkan masa.

“Sehubungan itu, kami berharap pelanggan MBI dapat membuat bayaran menggunakan Kaunter Pandu Masuk yang disediakan di bersebelahan bangunan utama di sini,” katanya.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");