Isu Panas

Mengapa tiba-tiba sahaja INTERLOK ini menjadi bahan yang dikatakan menimbulkan isu perkauman…selepas 40 tahun?

Interlok karya Abdullah Hussain perlu terus diguna pakai untuk pembelajaran di sekolah kerana ianya menceritakan tentang perpaduan yang dibentuk di sebuah negara baru dan telah disalahtafsirkan sesetengah pihak.

Karya yang dikeluarkan pada hujung tahun 60an ini telah dipolitikkan sesetengah pihak, kata Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan.

”Novel ini sebenarnya menceritakan realiti sebenar masyarakat India dari golongan rendah yang dibawa ke sini oleh British…dan ianya berkisar mengenai kehidupan masyarakat pada zaman 50 dan 60an.

”Kita akui ada sesetengah kaum India yang datang ke sini adalah golongan peniaga dan bangsawan tetapi novel ini menceritakan mengenai golongan dari kasta bawahan yang gembira datang ke Malaya.

”Mereka gembira kerana tiadanya kasta yang dipraktikkan di sini…ianya menjurus kepada golongan itu..malahan novel ini juga turut menceritakan mengenai orang Melayu dan Cina tetapi mereka berfikiran terbuka dan menerimanya sebagai bahan sejarah,”katanya kepada Perak Today hari ini.

Dr Anwar berkata, saya tidak faham kenapa sebahagian kecil orang India tidak berpuashati dengan bahan yang diceritakan sedangkan ianya telah ada di pasaran semenjak awal 1970.

Tambahnya lagi, dalam beberapa buku sastera ada mengatakan yang terdapat pecahan empat kasta yang diamalkan di negara India.

Jelasnya, walaupun mereka mengatakan orang India terguris tetapi Interlok turut memuatkan isu orang Cina dan Melayu yang turut dikatakan pemalas dan tidak cerdik tetapu diterima dengan hati yang terbuka.

”Ini kerana pada pandangan saya orang Melayu telah berubah…menjadi semakin rajin, maju dan berjaya bersaing dengan orang Cina di sini,”katanya.

Pada pendapat saya, ada pihak yang sengaja mempolitikkan bahan sosial dan sejarah demi kepentingan diri sendiri…tindakan mereka ini telah menyebabkan karya sastera terjejas akibat manipulasi.

”Saya minta mereka membaca novel ini dan memahaminya betul-betul kerana ianya menceritakan realiti masyarakat tahun 50an dan 60an yang datang ke Malaya, Interlok sebenarnya berkisar mengenai fakta sosial dan fakta sejarah.

”Mereka yang lantang bersuara mengenai Interlok tidak memahami isu kandungannya dan sebahagian besarnya hanya menuding jari tanpa membaca dan menghayatinya terlebih dahulu.

”Adalah wajar kerajaan memutuskan untuk memartabatkan semula matapelajaran sejarah bagi memastikan golongan muda tahu mengenai asal usul negara ini bagi mengelak timbul lagi isu-isu seperti ini,”tegasnya.

Tambahnya, lagi Abdullah menulis buku ini di akhir tahun 60an melalui pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di negara ini dan ianya tidak pernah menjadi isu semenjak berada di pasaran.

”Persoalan saya, mengapa tiba-tiba sahaja novel ini menjadi bahan yang dikatakan menimbulkan isu perkauman…selepas 40 tahun…mesti ada sebab yang berlaku kenapa Interlok dipolitikkan,”katanya.

–dolah koroq

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");