Perak Hari Ini

Mini Karnival ‘Ladies Uptown Ipoh’ – 15 Januari 2011

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bakal mengadakan Mini Karnival di tapak jualan ‘Ladies Uptown Ipoh’ pada 15 Januari ini, bertempat di Persiaran Bougainvilla, Ipoh (bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh) bermula jam 6 petang hingga 12 malam.

Acara yang bakal bermula pada jam 6 petang itu akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, karaoke dan pakaian beragam kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun yang berkonsepkan 1 Malaysia.

Mini Karnival yang diadakan selepas pembukaan tapak Ladies Uptown pada 11 Disember tahun lalu ini, bertujuan menarik lebih ramai lagi pengunjung sekaligus mempromosikan produk-produk usahawanita di situ.

Oleh itu, YBUDR berbesar hati menjemput pihak media hadir ke acara ini untuk membuat liputan acara itu yang bermula pada jam 6 petang.

Acara pakaian beragam pula akan bermula pada jam 9 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");