Perak Hari Ini

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak menjadi satu ancaman kepada BN

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berpendapat KITA tidak akan mendapat tempat di hati rakyat negara ini.

Beliau juga berkata kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parti berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim tidak menggugat BN kerana rakyat lebih maklum peranan BN terhadap pembangunan serta perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan daripada parti kecil dan baru ditubuhkan itu semata-mata ingin menarik sokongan rakyat selain mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang betul.

“Biasalah, itu adalah hujah bagi sebuah parti yang mahukan orang untuk sokong mereka.

“Sudah menjadi tabiat bagi sebuah parti seperti itu untuk salahkan orang lain dan dia akan mengatakan bahawa hanya dia yang terbaik.

“Saya tidak fikir, parti KITA yang baru ditubuhkan itu akan muncul sebagai parti pilihan rakyat. Justeru, saya tidak mahu memberi sebarang kredibiliti terhadap kenyataan tersebut,” katanya.

Zambry berkata, Zaid hanya bijak bercakap mengenai kesejahteraan rakyat sedangkan dia (Zaid) sendiri masih mencari hala tuju perjuangan sebenar.

“Dia (Zaid) belum lagi diuji dan oleh itu saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan terhadap parti berkenaan,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa parti KITA mungkin tidak akan kekal lama dalam arena politik berdasarkan kredibiliti ahlinya.

“Berdasarkan penelitian, individu yang sering bertukar pandangan, tempat dan perjuangan dilihat tidak boleh bertahan lama dalam politik.

“Saya tak boleh sebut ‘berkubur’ atau tidak. Ini soal penelitian. Saya juga tidak mahu bongkak mengeluarkan kenyataan, tetapi apabila seorang pemimpin bersikap sedemikian, ia tidak akan bertahan lama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");