Perak Hari Ini

Pemain Bola Sepak perlu dilepaskan-Raja Ahmad

Pihak Pengurusan pasukan bolasepak di negara ini perlu melepaskan pemain-pemain muda yang mendapat tawaran bermain bersama pasukan luar demi pembangunan sukan itu.

Ahli Jawatankuasa FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menyarankan agar pasukan melepaskan pemain-pemain mereka yang ingin berhijrah ke pasukan luar negara bagi membolehkan pemain terbabit mendapatkan pendedahan yang lebih dalam areana ini.

”Melepaskan pemain untuk bermain bermasa pasukan luar negara adalah jalan terbaik bagi meningkatkan mutu permainan bolasepak di negara ini yang masih jauh ketinggalan berbanding negara lain

”Mereka harus sedar dengan mengikat pemain disini tidak menjanjikan sebarang perubahan kepada mereka yang masih muda dan masih memerlukan pendedahan di dalam sukan ini,”katanya.

Sekiranya negara benar-benar ingin kembali ke menjadi gergasi bolasepak di rantau ini, pasukan negeri atau negara hendaklah mengorbankan pemain mereka untuk beraksi sementara di luar negara, katanya.

Beliau berkata, dari segi pemain pula mereka hendaklah berani keluar dari negara ini dan bermain dengan pasukan luar terutama di Eropah yang mempunyai mutu permainan yang jauh berbeza.

Katanya, janganlah hanya mengharap ilmu bolasepak yang ada disini sebaliknya menanam sikap berani berubah dan pergi ke pasukan lain demi mencari pengalaman.

”Jangan hanya pergi ke pasukan di Asia Tenggara yang mempunyai corak permainan berbeza sebaliknya pergi ke negara yang sukan ini menjadikan pemain-pemainnya legenda bolasepak.

”Indonesia, Singapura dan Thailand adalah negara jiran yang mempunyai corak permainan yang hampir sama dengan negara ini…pergilah ke Eropah…Jepun atau Korea yang kini jauh lebih baik berbanding negara kita,”jelasnya.

Raja Ahmad berkata, setiap pemain hendaklah melupakan soal iklim di negara luar kerana telah terbukti ramai pemain dari Afrika yang berjaya menempa nama bersama pasukan Eropah.

Tambahnya lagi, untuk sukan bolasepak dan martabat negara, setiap pemain hendaklah berani bertanggungjawab dengan menyertai pasukan luar bagi menimba ilmu dan mencari pengalaman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");