Perak Hari Ini

Pemuda Umno Perak Rombak Jawatankuasa Sebagai Persediaan PRU Ke- 13

Pergerakan Pemuda Umno Perak akan merombak barisan jawatankuasanya dalam usaha memantapkan jentera bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua barunya Khairul Azwan Harun berkata barisan exco baru itu akan diumum esok.

“…perubahan besar dalam peringkat tertinggi sayap ini juga bertujuan memberikan nafas baru kepada perjuangan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Khairul Azwan mengambil alih jawatan itu daripada Maslin Sham Razman yang kini mengisi tempat beliau sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda Umno Pasir Salak berkata kepimpinan baru itu akan meneruskan usaha mencari anggota baru selain mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

Katanya Pemuda Umno Perak juga akan mempertingkatkan program ‘Pemuda Prihatin’ yang bertujuan membasmi kemiskinan rakyat pada peringkat akar umbi.

“Saya juga akan menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat bahagian bagi memastikannya berjaya dan tidak dianggap sebagai program ‘syok sendiri’ yang tidak memberikan kesan kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau juga berazam untuk memastikan pergerakan itu sentiasa sensitif kepada kehendak rakyat selain menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan.

“Kami tidak mahu wang yang akan dibelanjakan untuk pembangunan tidak mencapai sasaran dalam menghasilkan rakyat berpendapatan tinggi tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” ujarnya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");