Isu Panas

Peneroka Felda Jangan Layan Hasutan Pembangkang – Isa Samad

Peneroka Felda diingatkan supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang sengaja mencipta dan menimbulkan pelbagai isu negatif dengan memburukkan organisasi perladangan terbesar negara itu, kata pengerusinya Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata pembangkang sering mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan serta Felda, namun pada masa yang sama, mereka tidak mampu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara itu.

“Pembangkang sentiasa berusaha untuk menghakis kepercayaan peneroka dan rakyat Malaysia dengan mencari pelbagai kelemahan, yang kononnya wujud dalam Felda dan tindakan ini bukanlah perkara baru.

“Mereka buat begitu sebab mereka ini hidup bergantung kepada isu, dan tanpa isu, mereka tidak hidup, walhal masalah yang diperkatakan, mereka tidak dapat selesaikan pun, ini macam kes langgar lari,” katanya kepada Bernama selepas majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan pengasas Felda Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Perdana Felda.

Beliau juga berkata peneroka perlu berusaha lebih gigih dan sentiasa memajukan diri dalam mencapai matlamat menjadikan Felda sebuah organisasi perladangan dan perniagaan terbesar, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");