Perak Hari Ini

Pengukuhan kewangan negara dilihat stabil sejak tahun lalu-Husni

Pengukuhan kewangan negara dilihat stabil sejak tahun lalu apabila negara memperoleh jumlah pelaburan yang paling tinggi daripada sumber dan produk dari Amerika Syarikat.

Keyakinan besar pelabur terhadap ekonomi negara yang semakin meningkat semenjak enam bulan lalu telah membawa kepada pengukuhan nilai matawang ringgit, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

”Ekonomi negara telah beransur pulih walaupun sebahagian besar negara di dunia termasuk Amerika Syarikat dan di Eropah masih bergolak dalam penstukturan ekonomi mereka…ada diantara negara tersebut yang masih gagal menangani hutang kerajaan, menangani masalah penganguran dan terpaksa memotong gaji kakitangan kerajaan sehingga 20 ke 30 peratus bagi mengatasi masalah tersebut.

‘Negara bukan sahaja pulih ekonomi tapi satu-satunya negara mempunyai kemampuan taktik baru untuk laksanakan Transformasi ekonomi menuju 2020 iaitu negara berpendapatan tinggi,”katanya

Ahmad Husni berkata demikian selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM450,000 dan Majlis Pecah Tanah, Surau Gerbang Meru Indah di sini hari ini.
Beliau berkata, ringgit yang semakin kukuh disifatkan sebagai jentera memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan kerajaan menjelang tahun 2020.

Ia menyokong transformasi ekonomi serta sosial menerusi empat rangka utama iaitu gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), katanya.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata, transformasi yang dirancang ini telah menarik keyakinan pelabur untuk melebarkan sayap ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

”Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat di pasaran Asia, kewangan nilai mata wang negara kini berada pada kedudukan yang stabil…ini turut meransang kedudukan itu apabila negara-negara besar dunia yakin dengan perubahan struktur tersebut yang juga dilihat dapat membantu memulihkan ekonomi mereka,”katanya.

Ini kerana, katanya, perkembangan rantau Asia yang kini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dunia juga turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

Perubahan itu turut memanfaatkan rakyat secara menyeluruh di dalam misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");