Isu Panas

Pengundi Boleh Nilai Pemimpin Cakap Benar Atau Sebaliknya

Sudah sampai masa bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menilai antara pemimpin yang bercakap benar dan pemimpin yang banyak membuat tomahan serta andaian.

Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia YB Dato Hamidah Osman berkata sejak kempen pilihan raya kecil itu bermula Sabtu lepas, pengundi DUN Tenang kini boleh menilai pemimpin yang bercakap semata-mata untuk memancing sokongan politik.

Beliau berkata, ekoran Maarof Abd Mutalib, suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman yang mendapat cuti sakit (MC) selama 21 hari sedangkan beliau dilihat sering berkempen untuk isterinya.

“Dia (seorang guru) dapat surat cuti (MC) hingga 21 hari, apa nasib anak bangsa kita yang memerlukan pendidikan tetapi dia ambil cuti kerana tekanan perasaan tetapi boleh berjalan dengan isteri ke sana sini,” katanya.

Pada pilihan raya kecil itu Ahad, melibatkan pertandingan satu lawan satuantara calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan Normala Sudirman, 38, dari PAS.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");