Berita Hari Ini

Penjawat Awam Perlu Pinggirkan Budaya Lapuk, Kata KSN

Penjawat awam tidak boleh menyimpang dalam menawarkan perkhidmatan yang responsif, bersepadu, telus serta berteraskan rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kejayaan agenda tranformasi negara ketika ini menuntut supaya perkhidmatan awam beralih daripada paradigma lama, bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi serta penciptaan dan pemerkasaan intelektual dan juga profesionalisme.

Katanya oleh itu penjawat awam perlu memingirkan budaya lapuk dengan meneroka bidang-bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan, dalam cara berfikir dan bertindak.

“Dalam ketidaktentuan senario ekonomi global serta diiringi persaingan yang begitu pesat pada masa masa ini, perkhidmatan awam tiada pilihan lain melainkan mengambil haluan strategik,” katanya semasa berucap pada majlis “Pengiktirafan Penarafan Bintang dan Pelancaran Buku “Bersama Melaksana Tranformasi,” di sini hari Khamis.

Mohd Sidek berkata apa yang diperlukan ialah kepimpinan mantap yang didorong oleh semangat yang meluap-luap untuk mencapai visi negara.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");